Thursday, February 28, 2008

KAWAN

Terima kasih tak terhingga kepada kawan2 yg banyak bagi sokongan kat aku tatkala aku betul2 memerlukan sokongan & bantuan. Aku amat bertuah memiliki kawan2 yg baik mcm korang sumer.. Well, sajak ni aku buat sendiri,khas tuk kawan2 aku, walau pon tak best..hehehe.. Tak kira la kawan kt blog ni mahu pon kawan aku yg kat luar saner.. Thanks korang...



Kawan..
Tanpamu aku keseorangan
Tiada tempat tuk mengadu
Pahit manis kita tempuhi bersama
Kerana kau yang paling rapat


Kawan..
Sentiasa disisi tanpa jemu
Memberi semangat & nasihat
Walau kita berbeza
Kau tetap disisiku

Kawan..
Tiada kata dapat terluah
Hanya terima kasih tak terhingga
Walau masa terus berlalu
Dan kita tidak bersama lagi
Kau tetap kawanku
Hanya kau yang satu...


Thursday, February 21, 2008

Trauma

Waaaaaaaaaaaaaaaaaa.... aku trauma betullah skang.. Aku trauma dengan cinta!!!! hik..hik..hik..
Dah banyak kali aku terkena. Tapi yang last nie mmg menyakitkan..Betulla cakap orang.. Sakitnya Sayang.. Ceh, macam novel Norhayati Ibrahim plak..hahaha
Apa nak buat, just let it be..let bygones be bygones... Takdir Tuhan, siapa yg boleh menidakkannya.. Apa yg tertulis tu la yang berlaku.. Sebagai manusia, kena la terima. Nak tak nak hidup kene terus, walaupon sakit.. Eiii sakit betul hati aku nie..
Hai, susahnya nak lupakan orang yang kita rindukan.. Sama susahnya nak membenci org yg kita sayangkan...Kalau membenci lebih mudah dari melupakan, baik membencinya semampu mungkin... Tapi mampu ke nak membenci orang yang kita sayang?? Menyakiti hati orang yang dicintai tidak ubah seperti menyakiti hati sendiri... Hmmmm....???

Friday, February 1, 2008

Hati ini...

2 hari yang lepas saya menerima berita yang amat sedih dlm hidup saya. Saya tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku kepada saya. Tapi saya redha dengan ketentuan Tuhan. Setiap manusia pasti akan ditimpa musibah. Yang pasti kita harus tabah menghadapinya. Ujian yang datang dari Tuhan ada hikmahnya, cuma kita sahaja yang tidak tahu. Ini bermakna Tuhan sayangkan hambanya & menyedarkan mereka dari terus melakukan kesilapan.
Setiap manusia ada bahagian masing2 di dunia ini. Saya menganggap kali ini bukan untuk saya. Tidak mengapa, pasti ada bahagian yg telah ditetapkan OlehNya untuk saya. Kita cuma harus berusaha.
Bila kita ditimpa musibah, kadang2 baru kita tersedar dari kesilapan. Orang ckp, belajar dari pengalaman. Well, apa yg saya tempuhi telah memberikan satu pengalaman yang tidak mungkin akan saya lupakan. Pengalaman & pengajaran membuatkan seseorang tu matang dalam menempuhi cabaran yang mendatang.
Saya belajar dari kesilapan saya sendiri. Jangan terlalu mengharap & percaya pada seseorang tanpa selidiki latar belakang orang itu. Walaupon penampilan & keperibadiannya memaparkannya seperti seorang yang baik & jujur. Orang cakap orang yang nampak baik belum tentu baik & orang yg nampak jahat, belum tentu jahat. Well kata2 ini ada betulnya. Bagi yang pernah mengalaminya pasti akan mengerti.
Manusia walaupun nampak baik tp belum pasti dia seseorang yang jujur. Saya tidak mengatakan semua org begitu, tapi hanya segelintir sahaja. Yang pasti, kita tahu apa yang kita lakukan. Dan jangan sesekali mengambil kesempatan diatas kelemahan & kebaikan seseorang. Kerana lambat laun Tuhan pasti akan membalasnya. Kerana Tuhan itu Maha Adil & Dia jualah yang lebih Mengerti.
 

:: emmjay_ma :: Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang