Tuesday, March 20, 2012

~Lagi Kes Penculikan..Adik Siti Nurfatihah~

 Satu lagi kes penculikkan telah berlaku, kali ini di Taman Tas, Kuantan..
Ya Allah, dekat sgt ngn rumahku di Kampung..
Satu skolah pulak ngn adik aku..
semakin banyak kes2 penculikan terjadi skg..
Harap semua berhati2..
Mari kita doakan keselamatan adik Siti Nurfatihah..

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan hilang dipercayai dilarikan tiga individu tidak dikenali ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah premis kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini petang semalam.  
Siti Nurfatihah diculik

Mangsa, Siti Nurfatihah Mahadi, 15, keluar ke premis berhampiran kira-kira jam 3 petang bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aishah, masing-masing 11 tahun, sebelum ditarik seorang lelaki memasuki sebuah kereta jenis Honda Ungu yang berhenti di depan kedai berkenaan sebelum memecut meninggalkan kawasan itu.

SEDIH...Nor Mala menangis ketika menceritakan kejadian Siti Nur Fatihah diculik. Gambar kecil, Siti Nur Fatihah, diculik.

Ketika kejadian, Siti Nur Fatihah bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aisyah, 11, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

Menceritakan kejadian itu, Nurul Aisyah berkata, tiba-tiba kereta dipandu seorang wanita berhenti di depan mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang keluar dan menarik kakaknya masuk ke dalam kenderaan itu.

“Kakak menjerit kepada Muhammad Syahmi ‘Baby..tolong kakak’ sebelum dia dan saya cuba menyelamatkan kakak dengan menarik tangannya sekuat hati,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Friday, March 2, 2012

~OMG!! Yoga Bayi..Freaking Scared!!!~


Assalam kawan2..Selamat hari jumaat..
Jus nk shared 1 video yg mmg gile fo me!!!
xpenah tgk seumur hidup yoga bayi..
1st time tgk rsa macam nk tercabut nyawa..
bayangkan kalu korang wat kat ank2 korang cammi
lambung sana, lambung sini.. OMG!!!
ohhh nooooooo way!!
baby yg kecik tu, alahai xsanggup aku..
sedikit info pasal Yoga Bayi ni..
‘Yoga Bayi’ yang dipraktikkan oleh seorang pakar terapi dari Rusia, Lena Fokina, 51, terhadap seorang bayi yang menjadi ‘mangsa’nya dan aksi-aksi ‘akrobatik’ tersebut jelas membimbangkan ramai pihak, khususnya para ibubapa.
Wanita Rusia itu juga menjelaskan bahawa teknik itu sangat membantu tumbesaran bayi dan menegaskan bahawa tindakannya itu tidak salah dari sudut kemanusiaan sama sekali.
“Kaedah ini pada asalnya dibangunkan untuk menyembuh dan membetulkan kesihatan bayi yang mempunyai masalah otot atau tulang, namun ia juga sesuai untuk kanak-kanak yang sihat.
“Pergerakan ini direka untuk meningkatkan keupayaan otot dan pembangunan mereka.
“Dan sebenarnya bayi mampu membaca, menyanyi, bercakap, berenang sejak dilahirkan. Ia (yoga bayi) juga membuat tangan mereka yang lebih kukuh. Kami berperi kemanusiaan dan tidak berbuat apa-apa kesalahan pun,” katanya yang dipetik dari laman Dailymail.uk.com.
 gulpp!!! telan air liur aku dibuatnya..
eiii sanggup ke korang wat camtu??
tepuk dada tnya la iman..


p/s: tgk muka baby..alahaiiii sejuknya hati..

Thursday, March 1, 2012

~doodle saya~

 
Assalam kengkawan sumer...
akhirnya, doodle sy dah siap..
buat sendiri tau!!
amacam, ade sama x??
ala..baru blaja2 la kan...huhuhu
byk lagi yg kene blaja ni..
byk lg kelemahannya..hahah
ape2pon kene byk wat research..waa kelass gitu..
haa, ni 1 lg yg dah siap..huhuhu
mcm xde keje plak aku ni..huhuhu
 


p/s: mood gembira..huhuu, jgn lupe komen ye kengkawan..
 

:: emmjay_ma :: Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang