Friday, November 25, 2011

Syair Sejarah Awal Muharam


Syair Sejarah Awal Muharam

Dengan Bismillah bermulalah kisah,
Sejarah Nabi Muhammad berpindah,
Dari Makkah pergi ke Madinah,
Gelar terpahat dinamakan Hijrah.

Kisah sejarah diulangi lagi,
Untuk sama kita renungi,
Buat perbandingan semua insani,
Semua lapis rendah dan tinggi.

1410 menghilang di telan senja,
Fajar Muharam 1411 menjelang tiba mengguris pena,
Mengenang semula sumber Islam,
Dari al-Qur'an yang mulia.

Langkah demikian terpaksa diambil,
Oleh Junjungan selalu memencil,
Menanti wahyu Tuhan yang Maha Adil,
Yang diberikan oleh Jibrail.

Sesudah tiga belas tahun menjadi Rasul,
Agama Islam terbatas betul,
Bersama sahabat Nabi berkumpul,
Siapa berikhtiar semuanya dikabul.

Halangan dan ancaman berubi-tubi,
Namun Nabi bertabahkan hati,
Selalu beroda kepada Ilahi,
Menunjuk kemenangan jalan diperolehi.

Kitab Taurat telah disebutkan,
Nabi Muhammad Tuhan utuskan,
Menjadi pemimpin penganjur pilihan,
Menghapuskan permusuhan menciptakan perdamaian.

Ketika Nabi membaca al-Qur'an,
Ada yang tertarik kepada ajaran,
Pada ayat sedang dibacakan,
Yakin Muhammad utusan Tuhan.

Lalu mereka mendapat Nabi,
Untuk menyampaikan hasrat di hati,
Memeluk Islam yang suci,
Mengakhiri permusuhan yang menjadi-jadi.

Waktu Arab banyak permusuhan,
Kabilah sedang mengaji di pinggiran,
Untung nasib di perkampungan,
Sukar dicari suasana ketenangan.

Kerana dihantar ke Makkah selalu,
Ditanamkan azam dalam kalbu,
Niat yang baik sudah terpaku,
Buat permimpin Quraisy di situ.

Namun mereka mendengarlah sudah,
Lelaki bernama Muhammad berdakwah,
Berhajat menunju ke jalan Allah,
Hidup berbaik tidak pecah belah.

Setelah mereka pulang ke Madinah,
Membawa bersama mereka wadah,
Kuntuman ayat Qur'an yang cerah,
Mengorbankan Islam menyambut dakwah.

Usaha mereka benar-benar berjaya permai,
Penduduk Yathrib memeluk Islam beramai-ramai,
Kian pesat kejayaan terbukti,
Menembusi di Makkah jahiliah zaman Nabi.

Meminta hanya kepada Tuhan,
Allah yang menjadi segala kejadian,
Dialah saja memberi perlindungan,
Sebagaimana yang tersebut dalam al-Qur'an.

Berhati-hati saudara saudari sekalian,
Pada menilai satu kejadian,
Setiap yang jadi pada pandangan,
Itulah tanda kebesaran Tuhan.

Bila berlaku sesuatu yang pelik,
Berfikirlah dengan akal yang cerdik,
Akal ini iman akan menarik,
Tiadalah Nabi hari terbalik.

Tak usahlah kita berbelah bagi,
Iman yang bulat kepada Ilahi,
Jangan terperngaruh perbuatan keji,
Syaitan rosak iman yang suci

credit to Ismail Saki

 





Kerja Part-Time Di Rumah
Suri rumah, pesara, pelajar & sesiapa sahaja yang ingin bekerja dengan keselesaan di rumah sendiri. Join Sekarang!

2 kaki merapu:

Biella Bidrus said...

:: nice blog :: ^_^*

Anonymous said...

Terima kasih kerana bagi saya salin untuk membuat Syair

 

:: emmjay_ma :: Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang