Friday, August 12, 2011

Madah Hari Jumaat II

Sedikit madah2 kehidupan utk dikongsi bersama..♥♥

“Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.”

“Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal.”

“Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.”
 
“Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.”

“Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.” ~ La Roche
 
"Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan.  Seandainya kita menyedari hakikat kehidupan pasti diri kita tidak tenggelam dalam khayalan.  Impian dan harapan yang keterlaluan sehingga lupa pada qada dan qadarnya."

"Insan yang sentiasa berurusan dengan jalan ALLAH sentiasa merasakan hidup ini terlalu mudah dan indah.  Sesuatu halangan itu tidak dianggap sebagai masalah sebaliknya sebagai dugaan ALLAH untuk menguji iman mereka."

4 kaki merapu:

Anonymous said...

tpi best gak kan klu jahat di balas ngn jahat..hehe

emMJay said...

wahh..ade hati jgk nk jd jahat skali skala..hahaha

Anonymous said...

Hamim-awk..mohon share ye ayt2 nih..tq

Mimiswarsha said...

mohon share ayat ye,kekeke..tq

 

:: emmjay_ma :: Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang