Saturday, September 13, 2008

Fish Spa

Salam semua,
Baru-baru nie saya ada mendengar tentang satu terapi baru yg mana ia menggunakan sejenis ikan.. Haa aper orang panggil tu "Doctor Fish"?? Hehehe..Ikan pun boleh jadi doktor yekk..
Ikan ni ada 2 jenis, satu Garra rufa & satu lagi Cyprinion macrostomus. Atau nama panggilannyer yg lain seperti nibble fish, kangal fish @ doctorfishen. Ikan ini di jumpai di hot spring berdekatan Kangal, Turkey. Antara fungsi & kebaikan Fish Spa ini adalah :-
1. Dapat menghindarkan kulit mati, bakteria & melambatkan proses penuaan.
2. Membantu tidak dapat tidur nyenyak & meningkatkan peredaran darah.
3. Menyembuh beberapa penyakit kaki seperti kaki busuk, kulit yg sensitif @ gatal.
4. Merawat & menjaga kulit supaya lebih sihat & berseri.
5. Ekologik & semulajadi.
6. Selamat & tiada kesan sampingan.

Sekarang nie, kt Malaysia baru jer nak glamer..hehehehe.. agaknya ikan2 nie memang makan human dead skin kot..Tengok ikan2 dia sihat2 jer.. So, korang patut cuba nie..
Semalam, ader la masa terluang pegi buat fish spa nie..ala, kat shopping2 complex dah banyak dah.. Mula2 nak masukkan kaki kat dalam kolam tu,takut je kan..yela,tak penah cuba.. Bila dh masukkan kaki nie...Waaaa...tak boleh nk berhenti ketawa sebab geli.. hahahah..


"Tolong2..kakiku dimakan ikan..wakakaka.."
"Banyaknya...ni mesti banyak kulit mati..ish2.."

"Syuh2..pi main jauh2..dah2 tolong..gelinya kakiku..huhuhuhu.."
Tapi betullah..lepas ajer buat fish spa nie..kaki nie rasa ringan jer..dah takde lenguh2 dah.. terasa kulit kaki ni cam licin jer.. Chewah..hhehe.. Terima kasih cik ikan..nanti ader masa saya datang lagi. So, boleh la makan kulit2 kakiku ini.. Oppss!!! Kulit mati daaa... So, korang2 sumer,pegi la cuba.. Tak rugi tau!! So, aper lagi, enjoyyy!!!!

Friday, September 12, 2008

Kadar Zakat Tahun ini..

Salam semua,
Just nak share tentang kadar zakat tahun nie dengan korang sumer..
Puasa puasa jugak, zakat fitrah jangan lupa bayar ok.. Berkat hidup.. Amin..
Selamat Berpuasa..


Wednesday, September 10, 2008

Pepatah Moden

Kat bawah nie ader disenaraikan beberapa pepatah moden yg bole dikatakan masuk akal gak la..hehehe..Tapi itu hanyalah untuk hiburan semata2..so,aper2 pon..kita enjoyyy!!!

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang..... bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!

p/s: Haa..kalau korang rasa ader yg nak tambah tu..sila2 la tambah ekk..

Salam Ramadhan

Salam..
Dah lama rasanya tak update blog nie..terlalu busy dengan kerja yg xhabis2..hehehe..sampai masa untuk diri sendiri pon takder..
Sempena Ramadhan yang mulia ini, sy memohon ampun dan maaf andai ade terkasar bahasa & tersilap kata..Semoga Ramadhan tahun ini memberi 1000 rahmat & berkat buat kita semua.. Amin..

 

:: emmjay_ma :: Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang