Monday, July 13, 2015

Dah nak raya laa...


Assalamualaikum...
Waduh2..dah setahun tak mengarut kat sini..punya la malas dan sibuk ngn keje..nasib xberabuk sangat blog ni..huhuhu
Haa skang ni bolan pose, tinggal bape hari je lagi nak raya, radio pon asik dok putaq lagu raya je ni..mood nk keje pon hilang..haisshhh
Ni yang datang mood tension ni.. kepala dok asik teringat kt kampung je..cepatla masa berlalu (suke ati jekan) huhuhu..
Pape pon cheq nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin la kepada sume naa..berhati hati dijalan raya jgn asik nk laju je tau (peringatan tuk diri sendiri gak..huhuhu) igtla orang yang tersayang k..Raya tu nanti jgn melantak je koje nye..huhuhu nak diet sbb tgh counting days gitu..chewahh nyampah mak jemah..hahaha..okla sampai jmpa lagii.. chamat ari raye..xoxo
Nah layankan lagu ni utk korang sumer..huhuhu...kelass gitew..


post signature

Friday, March 20, 2015

~Salam Jumaat~

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :
"Sebaik-baik hari jumaat yang terbit matahari ialah hari jumaat. Pada hari inilah Nabi Adam AS dicipta dan pada hari ini juga ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini juga ia dikeluarkan daripada syurga."

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:
"Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani."

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:
"Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?"

Nabi s.a w bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah menugaskan dua Malaikat untuk menulis segala apa yang dilakukan atau dituturkan oleh seseorang hamba-Nya (satu disebelah kanannya dan yang satu lagi disebelah kirinya); kemudian apabila orang itu mati.maka Tuhan perintahkan kedua Malaikat itu dengan firman-Nya: "Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hamba-Ku itu serta hendaklah kamu mengucapkan tasbih, tahmid dan takbir hingga ke hari qiamat dan hendaklah kamu menulis pahalanya untuk hamba-Ku itu." Dan pada satu Athar, ada disebutkan bahawa kedua Malaikat itu melaknat si mati hingga ke hari Kiamat - jika ia seoarang kafir.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah."

Abayah bin Rifa'ah r.a mengkhabarkan bahawa dia bertemu dengan Abu Abbas ketika dia pergi Jumaat. Abu ˜Abbas berkata kepadanya bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda:
"Siapa yang berdebu kedua kakinya kerana berjalan di jalan Allah nescaya diharamkan Allah baginya api neraka."


post signature

Wednesday, March 18, 2015

~Wanita~

~ AKU bukanlah Siti Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga dirinya.
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara.
TETAPI diriku hanya seorang wanita akhir zaman, yang bercita-cita menjadi wanita solehah.
Bimbinglah Aku, Ajarlah Aku
Fahamkan Aku Supaya Aku Tahu
Redhakanlah Hatimu Menerima Segala Kekuranganku
Kerana Aku Hanya Wanita Biasa~


Terima kasih Tuhanku ya ALLAH atas perasaan cinta yang Kau anugrahkan.
Mempertemukan perbedaan dalam suatu kisah perjalanan.

Menyatukan serakan puing2 hati dalam satu kepastian.

Menghapus kehampaan saat hati dalam kesendirian.

Menguatkan langkah ketika tak ada lagi tujuan.

Semakin memberi makna rangkaian kisah kehidupan.





 
post signature

Berkurun lama..^_^


Assalamualaikum...



Oh My Gucci...hahaha..lamanye xbukak blog..berkurun lama ku tinggalkan..fefeeling gitu..
Ape jadi pon xtau kan..nak kene update sokmo gitu..
nak kene rajin2 la pasni.. So, azam tahun ni nak buat pembaharuan..klu kuat azam tu la kan...hahaha
so, this is the 1st step..will continue to move on n going on..waaa berabukkss gitu..
So, tunggguuuu...hikss

post signature

Friday, February 21, 2014

~Entri Luahan Hati~

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Lamanya xupdate blog i ni..hihihi

Terlalu sibuk ngn hal2 duniawi..Harap2 amalan tuk akhirat pon sama ngn duniawi dan klu boleh lebih lagi..In Sha Allah..

Aku bukanlah penulis yang hebat..hihihi..nak menulis pon kadang2 teragak-agak..

Sebab tu jarang menulis..kadang2 penat jgk nk menulis..bukan setakt penat menulis..penat dgn segala mcm hal.



Tapi nak xnak kene hadapinya jugak kan..bila dah further study ni..bertambah2 tanggungjawab.

Sambung belajar adelah salah 1 impian tuk tahun 2014 ni..ngeee..harap2 bole abiskan sampai ke penghujungnya.. I wl never ever stop until i reach my dreams.. haaa gitu kan.. chayok2!!

Bukan senangkan nk mencapai kejayaan dan impian yang kita nak.. Aku hampir2 saja tersungkur..namun syukur hati ini masih kuat dlm menjalani hidup yg penuh cabaran ini. Kadang2 putus asa tu datang, tp sbgi HambaNya kita harus percaya dengan Ketentuan Allah. Setiap perancangan dariNya adalah yang terbaik tuk kita.

Melangkah itu mudah, namun mencari arah itu yang terkadang payah.
Mencari jalan itu mudah, namun memahami destinasi itu yang susah.
Menyusuri susur itu mudah, namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.
Dalam semua ini...menjaga istiqamahitu paling susah, payah dan lelah.

Namun DIA amat faham, bagi hambaNYA, DIA tidak meminta manusia menjadi
yang terbaik, hanya perlu untuk melakukan yang terbaik, meletakkan
sandaran dan keyakinan penuh kepadaNYA, lantas nescaya DIA akan
menguruskan yang selebihnya. Agar yang terbaik itu menjadi milik
manusia.
Moga perjalan kita sentiasa di dalam lindungan dan penjagaan ALLAH SWT... ^_^





post signature

Monday, July 22, 2013

~Interpretasi Rabak~


 Assalamualaikum & Salam Ramadhan..
Aduhai, dah lama tak hupdate..sibukla katakan..kadang2 mcm dah malas je nak berblog..huuu..
hmmm arini nk hupdate pasal ape ekk?? haaa..tibe2 teringat kat 1 video ni..korang pernah tgk rancangan Intepretasi Rabak tak kat astro warna tu?? haahaha..kelakor je..pandai pulak orang yang buat tu nak wat camtu kan..kehkehkeh..paling kelakor tu suara mmg xboleh blah betul la..hehehe..
Sebab mj ckp pasal interpretasi rabak tu sbb baru2 ni adalah member post kat fb pasal 1 video ni, cerita diambil dari filem 300 rsanya..tapi dah dialih bahasa..hahaha..lawak giler..cerita plak pasal puasa..kreatif btl la sape yg buat ni..sekurang2nya dpt jugakla menceriakan keadaan..meh la kite layan video ni..huhhu



hahaha..sebenarnya byk lg video2 mcm ni..tp stakat ni, yg ni mmg klakar..korang leh g kt youtube search owner die faradyable.
So, harap2 korang enjoyla ye..daaa ^^
post signature

Monday, May 13, 2013

~Sketsa hari Ini~

 Assalamualaikum kawan2..
Just nak share sketsa dari adik2 yang disayangi sekelian ini..hahaha..dah besar2 dah sumer..tapi perangai cam budak2 lagi..huhuhu..paper pon semoga korang sumer suksess selalu..jangan lupa kakak2 korang yg sentiasa ada kat rompin ini..


pencuri gula2x..ahakss
feeling habiss..apehal sticker hak kerajaan tu kt belakang didie? hahah


post signature

Thursday, May 9, 2013

~Apa yg korang patut tau mengenai lagu ini..~


Assalamualaikum kawan2..dah lama xhupdate ekk..org kata ape tu, busy nak mampusss... haaa kauu sampai cam tu sekali.. hahaha.. Bukan ape, orang sibuk dengan PRU13, kita pon sibuk jugak..ahakss..sibuk memerhati gituu..
Ok straight 2 d point..masa duk tengah layan radio tadi, kuar la satu lagu ni..aku macam penah dengar la pasal lagu.. ade maksud disebalik lagu ni, tapi aku lupa siapa yang bagitau.. bila aku dengar bait2 lagu ni, memang sah lagu ni la yang ade sorang hamba Allah ni bagitau..apa lagiiii aku pon terus cari en.google..
Dan inilah resultnya.. Baca jangan tak baca, penting untuk kite terutamanya Umat Islam.. Aku copy paste je ni..huhuhu.. pape pon credit to blog tok wan ..^^



Pernah tidak kita mendengar lagu 'River of Babylon' ini. Memang sedapkan. Tapi di sebalik lagu ini ada perkara yang tersirat. Dahulunya saya melayan juga lagu ni. Sebenarnya sudah lama saya tahu tentang lagu ini ada kena mengena dengan Zion cuma saya kurang memahami sejarah daripada lagu ini. Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi apa sebenarnya di sebalik lagu ini.

Jelajah di internet akhirnya saya ketemu juga. Rivers of Babylon yang dinyanyikan oleh kumpulan dari Jerman di era tahun 70-an bernama Boney M. Penyanyi-penyanyi Boney M adalah Liz Mitchell, Marcia Barnett, Maizie Williams dan seorang jejaka Bobby Farell. Mereka semua masih lagi hidup kecuali Bobby Farrell yang telah mati pada 30 Oktober 2010. Selain daripada lagu ini kumpulan ini juga terkenal dengan lagu Daddy Cool


Sejarah 

Mengungkap bait-bait lagu ini, ada baiknya kita mengetahui latar belakang dan sejarah bangsa Israel.

Saat itu bangsa Israel telah terpecah menjadi 2 kerajaan iaitu kerajaan Israel di sebelah utara dengan ibu kotanya Samaria dan kerajaan Yehuda di sebelah selatan dengan ibu kotanya Yerusalem. Lalu kedua kerajaan ini sama-sama dijajah oleh negara tetangganya. Israel dijajah bangsa Asyur (Assyria) sedangkan Yehuda dijajah bangsa Babel (Babylon) yang sekarang ini kita kenal dengan nama Iraq.

Pada tahun 587 BC, hampir seluruh penduduk Yehuda diangkut menjadi tawanan ke negeri Babel yang sama sekali asing bagi mereka. Di sana mereka harus menenerima agama, kebudayaan dan bahasa orang-orang Kasdim tersebut. Bahkan nama mereka pun diganti, contohnya Daniel berganti nama menjadi Beltsazar.

Di negeri buangan itulah mereka teringat akan tanah air mereka. Mereka duduk sambil menangis di tepi sungai-sungai yang ada di Babel, salah satunya adalah Sungai Efrat yang sangat terkenal sejak zaman purba. Yang lebih menyakitkan lagi, para penjajah itu mengolok-olok mereka dan meminta mereka menyanyikan salah satu lagu pujian untuk Tuhan yang biasa mereka nyanyikan di negeri asal mereka.


Diilhamkan

Rupa-rupanya bait lirik lagu Rivers Of Babylon ini telah diilhamkan daripada petikan dalam siddur Psalm 137:1. Siddur adalah (dalam bahasa Hebrew: סידור‎; plural סידורים siddurim) merupakan buku untuk upacara sembahyang orang Yahudi mengandungi kumpulan lengkap tatacara dan rukun sembahyang mereka.


Kitab yang bernama The Complete Art School Siddur.
Untuk lebih jelas klik pada gambar untuk membesarkan imej.
Atau tekan Ctrl dan +


Lirik dan Makna Lagu



Psalm 137:1 Grace After Meals


Maksud lagunya lebih kurang beginilah

Di tepian sungai-sungai Babel, 
di sanalah kita duduk sambil menangis, 
apabila kita mengingat Zion.

Sebab di sanalah orang-orang yang menawan, 
menyiksa kita dengan meminta kita menyanyikan nyanyian sukacita. 
Bagaimanakah kita menyanyikan nyanyian TUHAN di negeri asing?

Jika aku melupakan engkau, hai Yerusalem,
biarlah menjadi kering tangan kananku!
Biarlah lidahku melekat pada langit-langitku, 
jika aku tidak mengingat engkau,
jika aku tidak jadikan Yerusalem puncak sukacitaku!

Lirik lagunya saling tidak tumpah sama seperti ayat di dalam buku sembahyang orang Yahudi. Makanya peminat muzik kumpulan Boney M berhati-hatilah apabila mendengar lagu mereka kerana kebanyakkan lirik mereka menyokong Yahudi dan adalah tidak terkejut jika mereka adalah sekelompok kaum Yahudi yang berkulit hitam dikenali sebagai Fallashah yang berasal dari Habshah atau Ethopia.
DJ-DJ stesen radio perlu lebih peka dan bertanggung-jawab terutama mereka yang beragama Islam dalam memutarkan lagu ke udara kerana pendengar sebenarnya bergantung kepada pemilihan lagu-lagu anda.  Andalah yang mencorakkan pendengar sebenarnya. Lagu bukanlah sekadar HIBURAN! Lagu merupakan jiwa yang seni bersemi dalam tubuh manusia yang suci. Janganlah ia dikotori.



post signature
































Friday, February 15, 2013

~Renungan di hari Jumaat~


Assalamualaikum wahai sahabat2 ku..
Dah pon kita sampai ke Hari Jumaat, hari yg penuh keberkatan..
Semalam saya ada berbual dengan sahabat saya, dia mempunyai masalah yg saya tak dapat nak mention dalam blog ini. Tergerak hati saya untuk menulis pada hari ini mengenai sikapnya yg bagi saya bukanlah tidak baik, tapi lebih kepada tidak ambil endah mengenai masalahnya.
Eiii bukan saya nak menyibuk tau..tapi lebih kepada kecewa kerana saya menyuruhnya berusaha tapi tak diambil endahnya..tak apelah, janji saya dah menasihatinya dan mengingatinya sebagai sesama ISLAM..dalam ISLAM sendiri kita digalakkan untuk berusaha bukan?? Orang cakap nak seribu DAYA, tak nak seribu DALIH..betulkan??
Saya juga pernah jatuh dalam melayari kehidupan ini..(Ayat madah la plak..huuu) tapi ALHAMDULILLAH saya masih mendapat kekuatan untuk bangun menghadapinya.. Apa yang penting?? KERJASAMA..ehh, tu lain..huuu..ape yang penting kita jangan mudah putus asa & BERUSAHA!!! Betul..betul..betul..
ALLAH itu MAHA ADIL bukan?? selagi kita berdoa dan berusaha DIA pasti akan memberikan ganjarannya..
Yang penting kita berusaha, jangan hanya menunggu macam buah yang xgugur..kalaula kita boleh dapat apa yang kita nak tanpa berusaha, memang tak kan adela orang yang bekerja kat dunia ni..hahaha (termasuklah saya agaknya..ishhh2x)..
Jadi, jangan pernah berhenti berusaha dan berusaha, kerana KEJAYAAN adalah milik mereka yang berusaha.. renung2kan dan selamat beramal kawan2..Ingatan ini ditujukan juga untuk diri saya sendiri agar jangan mudah berputus asa, sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan dan mensyukuri nikmat yang telah diberikan olehNYA.. ♥♥.. Inshaallah~


post signature

Thursday, February 14, 2013

~Ku Tahu Ku ADAMU~



Assalamualaikum..
Bila dengar lagu najwa latif Adamu rasa mcm tenang je..
Sebabnya apabila kita selalu ditimpa masalah atau berada dalam sesuatu keadaan yang tak menentu, kita pasti akan kembali memohon KepadaNYA.. Sesungguhnya ALLAH itu selalu bersama2 dengan Hamba2nya.. "Aku tahu Disaat ALLAH merinduiku, DIA kirimkan ujian kerana DIA rindu mendengar rintihanku "

ADAMU
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan




post signature
 

:: emmjay_ma :: Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang