Assalamualaikum kawan2..dah lama xhupdate ekk..org kata ape tu, busy
nak mampusss... haaa kauu sampai cam tu sekali.. hahaha.. Bukan ape,
orang sibuk dengan PRU13, kita pon sibuk jugak..ahakss..sibuk memerhati gituu..
Ok straight 2 d point..masa duk tengah layan radio tadi, kuar la satu lagu ni..aku macam penah dengar la pasal lagu.. ade maksud disebalik lagu ni, tapi aku lupa siapa yang bagitau.. bila aku dengar bait2 lagu ni, memang sah lagu ni la yang ade sorang hamba Allah ni bagitau..apa lagiiii aku pon terus cari en.google..
Dan inilah resultnya.. Baca jangan tak baca, penting untuk kite terutamanya Umat Islam.. Aku copy paste je ni..huhuhu.. pape pon credit to
blog tok wan ..^^
Pernah
tidak kita mendengar lagu 'River of Babylon' ini. Memang sedapkan. Tapi
di sebalik lagu ini ada perkara yang tersirat. Dahulunya saya melayan
juga lagu ni. Sebenarnya sudah lama saya tahu tentang lagu ini ada kena
mengena dengan Zion cuma saya kurang memahami sejarah daripada lagu ini.
Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi apa sebenarnya di sebalik lagu
ini.
Jelajah di internet akhirnya saya ketemu juga. Rivers of
Babylon yang dinyanyikan oleh kumpulan dari Jerman di era tahun 70-an
bernama Boney M. Penyanyi-penyanyi Boney M adalah Liz Mitchell, Marcia
Barnett, Maizie Williams dan seorang jejaka Bobby Farell. Mereka semua
masih lagi hidup kecuali Bobby Farrell yang telah mati pada 30 Oktober
2010. Selain daripada lagu ini kumpulan ini juga terkenal dengan lagu
Daddy Cool
Sejarah
Mengungkap bait-bait lagu ini, ada baiknya kita mengetahui latar belakang dan sejarah bangsa Israel.
Saat
itu bangsa Israel telah terpecah menjadi 2 kerajaan iaitu kerajaan
Israel di sebelah utara dengan ibu kotanya Samaria dan kerajaan Yehuda
di sebelah selatan dengan ibu kotanya Yerusalem. Lalu kedua kerajaan ini
sama-sama dijajah oleh negara tetangganya. Israel dijajah bangsa Asyur
(Assyria) sedangkan Yehuda dijajah bangsa Babel (Babylon) yang sekarang
ini kita kenal dengan nama Iraq.
Pada tahun 587 BC, hampir
seluruh penduduk Yehuda diangkut menjadi tawanan ke negeri Babel yang
sama sekali asing bagi mereka. Di sana mereka harus menenerima agama,
kebudayaan dan bahasa orang-orang Kasdim tersebut. Bahkan nama mereka
pun diganti, contohnya Daniel berganti nama menjadi Beltsazar.
Di
negeri buangan itulah mereka teringat akan tanah air mereka. Mereka
duduk sambil menangis di tepi sungai-sungai yang ada di Babel, salah
satunya adalah Sungai Efrat yang sangat terkenal sejak zaman purba. Yang
lebih menyakitkan lagi, para penjajah itu mengolok-olok mereka dan
meminta mereka menyanyikan salah satu lagu pujian untuk Tuhan yang biasa
mereka nyanyikan di negeri asal mereka.
Diilhamkan
Rupa-rupanya
bait lirik lagu Rivers Of Babylon ini telah diilhamkan daripada petikan
dalam siddur Psalm 137:1. Siddur adalah (dalam bahasa Hebrew: סידור;
plural סידורים siddurim) merupakan buku untuk upacara sembahyang orang
Yahudi mengandungi kumpulan lengkap tatacara dan rukun sembahyang
mereka.
Kitab yang bernama The Complete Art School Siddur.
Untuk lebih jelas klik pada gambar untuk membesarkan imej.
Atau tekan Ctrl dan +
Lirik dan Makna Lagu
Psalm 137:1 Grace After Meals
Maksud lagunya lebih kurang beginilah
Di tepian sungai-sungai Babel,
di sanalah kita duduk sambil menangis,
apabila kita mengingat Zion.
Sebab di sanalah orang-orang yang menawan,
menyiksa kita dengan meminta kita menyanyikan nyanyian sukacita.
Bagaimanakah kita menyanyikan nyanyian TUHAN di negeri asing?
Jika aku melupakan engkau, hai Yerusalem,
biarlah menjadi kering tangan kananku!
Biarlah lidahku melekat pada langit-langitku,
jika aku tidak mengingat engkau,
jika aku tidak jadikan Yerusalem puncak sukacitaku!
Lirik
lagunya saling tidak tumpah sama seperti ayat di dalam buku sembahyang
orang Yahudi. Makanya peminat muzik kumpulan Boney M berhati-hatilah
apabila mendengar lagu mereka kerana kebanyakkan lirik mereka menyokong
Yahudi dan adalah tidak terkejut jika mereka adalah sekelompok kaum
Yahudi yang berkulit hitam dikenali sebagai Fallashah yang berasal dari
Habshah atau Ethopia.DJ-DJ
stesen radio perlu lebih peka dan bertanggung-jawab terutama mereka
yang beragama Islam dalam memutarkan lagu ke udara kerana pendengar
sebenarnya bergantung kepada pemilihan lagu-lagu anda. Andalah yang
mencorakkan pendengar sebenarnya. Lagu bukanlah sekadar HIBURAN! Lagu
merupakan jiwa yang seni bersemi dalam tubuh manusia yang suci.
Janganlah ia dikotori.