Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Thursday, May 9, 2013

~Apa yg korang patut tau mengenai lagu ini..~


Assalamualaikum kawan2..dah lama xhupdate ekk..org kata ape tu, busy nak mampusss... haaa kauu sampai cam tu sekali.. hahaha.. Bukan ape, orang sibuk dengan PRU13, kita pon sibuk jugak..ahakss..sibuk memerhati gituu..
Ok straight 2 d point..masa duk tengah layan radio tadi, kuar la satu lagu ni..aku macam penah dengar la pasal lagu.. ade maksud disebalik lagu ni, tapi aku lupa siapa yang bagitau.. bila aku dengar bait2 lagu ni, memang sah lagu ni la yang ade sorang hamba Allah ni bagitau..apa lagiiii aku pon terus cari en.google..
Dan inilah resultnya.. Baca jangan tak baca, penting untuk kite terutamanya Umat Islam.. Aku copy paste je ni..huhuhu.. pape pon credit to blog tok wan ..^^



Pernah tidak kita mendengar lagu 'River of Babylon' ini. Memang sedapkan. Tapi di sebalik lagu ini ada perkara yang tersirat. Dahulunya saya melayan juga lagu ni. Sebenarnya sudah lama saya tahu tentang lagu ini ada kena mengena dengan Zion cuma saya kurang memahami sejarah daripada lagu ini. Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi apa sebenarnya di sebalik lagu ini.

Jelajah di internet akhirnya saya ketemu juga. Rivers of Babylon yang dinyanyikan oleh kumpulan dari Jerman di era tahun 70-an bernama Boney M. Penyanyi-penyanyi Boney M adalah Liz Mitchell, Marcia Barnett, Maizie Williams dan seorang jejaka Bobby Farell. Mereka semua masih lagi hidup kecuali Bobby Farrell yang telah mati pada 30 Oktober 2010. Selain daripada lagu ini kumpulan ini juga terkenal dengan lagu Daddy Cool


Sejarah 

Mengungkap bait-bait lagu ini, ada baiknya kita mengetahui latar belakang dan sejarah bangsa Israel.

Saat itu bangsa Israel telah terpecah menjadi 2 kerajaan iaitu kerajaan Israel di sebelah utara dengan ibu kotanya Samaria dan kerajaan Yehuda di sebelah selatan dengan ibu kotanya Yerusalem. Lalu kedua kerajaan ini sama-sama dijajah oleh negara tetangganya. Israel dijajah bangsa Asyur (Assyria) sedangkan Yehuda dijajah bangsa Babel (Babylon) yang sekarang ini kita kenal dengan nama Iraq.

Pada tahun 587 BC, hampir seluruh penduduk Yehuda diangkut menjadi tawanan ke negeri Babel yang sama sekali asing bagi mereka. Di sana mereka harus menenerima agama, kebudayaan dan bahasa orang-orang Kasdim tersebut. Bahkan nama mereka pun diganti, contohnya Daniel berganti nama menjadi Beltsazar.

Di negeri buangan itulah mereka teringat akan tanah air mereka. Mereka duduk sambil menangis di tepi sungai-sungai yang ada di Babel, salah satunya adalah Sungai Efrat yang sangat terkenal sejak zaman purba. Yang lebih menyakitkan lagi, para penjajah itu mengolok-olok mereka dan meminta mereka menyanyikan salah satu lagu pujian untuk Tuhan yang biasa mereka nyanyikan di negeri asal mereka.


Diilhamkan

Rupa-rupanya bait lirik lagu Rivers Of Babylon ini telah diilhamkan daripada petikan dalam siddur Psalm 137:1. Siddur adalah (dalam bahasa Hebrew: סידור‎; plural סידורים siddurim) merupakan buku untuk upacara sembahyang orang Yahudi mengandungi kumpulan lengkap tatacara dan rukun sembahyang mereka.


Kitab yang bernama The Complete Art School Siddur.
Untuk lebih jelas klik pada gambar untuk membesarkan imej.
Atau tekan Ctrl dan +


Lirik dan Makna Lagu



Psalm 137:1 Grace After Meals


Maksud lagunya lebih kurang beginilah

Di tepian sungai-sungai Babel, 
di sanalah kita duduk sambil menangis, 
apabila kita mengingat Zion.

Sebab di sanalah orang-orang yang menawan, 
menyiksa kita dengan meminta kita menyanyikan nyanyian sukacita. 
Bagaimanakah kita menyanyikan nyanyian TUHAN di negeri asing?

Jika aku melupakan engkau, hai Yerusalem,
biarlah menjadi kering tangan kananku!
Biarlah lidahku melekat pada langit-langitku, 
jika aku tidak mengingat engkau,
jika aku tidak jadikan Yerusalem puncak sukacitaku!

Lirik lagunya saling tidak tumpah sama seperti ayat di dalam buku sembahyang orang Yahudi. Makanya peminat muzik kumpulan Boney M berhati-hatilah apabila mendengar lagu mereka kerana kebanyakkan lirik mereka menyokong Yahudi dan adalah tidak terkejut jika mereka adalah sekelompok kaum Yahudi yang berkulit hitam dikenali sebagai Fallashah yang berasal dari Habshah atau Ethopia.
DJ-DJ stesen radio perlu lebih peka dan bertanggung-jawab terutama mereka yang beragama Islam dalam memutarkan lagu ke udara kerana pendengar sebenarnya bergantung kepada pemilihan lagu-lagu anda.  Andalah yang mencorakkan pendengar sebenarnya. Lagu bukanlah sekadar HIBURAN! Lagu merupakan jiwa yang seni bersemi dalam tubuh manusia yang suci. Janganlah ia dikotori.



post signature
































Friday, May 11, 2012

~Sunat Mencukur Bulu Ari-ari~

Assalamualaikum kawan2..hari ini tajuk agak sensitif sikit, tp mj tahu kita seme dah besar dan open minded sume sbb ini melibatkan kebersihan diri kita. Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat yang mulia, mj nk b'kongsi sedikit info mengenai tajuk diatas. Untuk pengetahuan semua, mencukur bulu ari-ari adalah sunat dan Rasulullah S.A.W pon ade berpesan seperti yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa :
"Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama empat puloh hari, supaya tidak lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu ari". (HR Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad,Tirmidzi,Nasai dan Abu Daud) .

Bermaknanya  paling lama 40 hari kenalah kita servis bahagian-bahagan tersebut. Adakah kita berbuat demikian wahai pembaca?. Jangan kata orang yang tak tahu memang tak buat, Yang dah tahu pun tak buat. Ada yang tak pernah bercukur sampai bertahun-tahun lamanya. Tebal macam hutan belantara. Selepas ni belilah pisau cukur dan mulalah cukur hutan belantara ini.

Istihdad ialah mencukur bulu ari-ari, dilakukan dengan mempergunakan pisau, iaitu pisau cukur. Al-Aanah  ialah rambut yang tumbuh sebelah atas zakar lelaki dan tumbuh disekitar faraj perempuan.

Dan dialog Rasulullah SAW dengan Iblis,

Pertanyaan Nabi:

"Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?" 

Jawab Iblis:

"Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Didalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Jabir larangan mendatangi isteri tengah malam sebelum bersisir lebih dahulu dan mencukur bulu ari-ari bagi orang yang baru pulang dari perjalanan jauh.

Kerana itu tidak diragukan lagi, mencukur bulu ari-ari dan membersihkannya termasuk perbuatan mustahabbah (Disunatkan) untuk mencegah kutu (kupan) dan bau yang tidak enak.

Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 

“Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari)

Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.

Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah حلق العانة (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)

Al-Nawawi berkata: “al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).

Perbuatan ini adalah sunnah, dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan manusia itu sendiri. Ini dapat difahami dari segi logic akal fikiran manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim (Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian tentang orang yang suka kepada kebersihan

Sebab saintifik kenapa perlu dibuang.

Kawasan bulu ari-ari adalah kawasan mudah berpeluh dan banyak keluar peluah. Sekiranya tidak dicukur bulu tersebut, maka ia akan menjadi banyak dan lebih banyak mengeluarkan peluh. Apabila terkena kesa-kesan kumuhan badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan. Lama kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur bulu ari-ari mencegah daripada pembiakan kutu. Selain itu, ia juga membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.

Jadi, marilah kite bersama-sama menjadi umat Muhammad yg pembersih dan juga dapat menghindarkan diri dari pelbagai penyakit..Insyaallah.. Wassalam

Thursday, April 26, 2012

~misteri Bunga Bakawali~

Assalamualaikum semua..
hari ni nak cerita skit pasal Bunga Bakawali..
korang penah dengarkan..klu xpenah dengar,
pi cari lagu Elly Mazlein tajuk Bunga Bakawali..hehehe
Nama saintifik  Epiphyllum Anguliger. Nama lain bagi Bunga Bakawali ini
 juga ialah Ric Rac Cactus, Moon Cactus dan Queen Of The Night.
Tetiba je plak nk cerita pasal bunga ni kan..
bukan aper, sbb kat rumah ade tanam pokok bunga nie..
orang kata bunga ni ssh nk tanam..bunga yg kt umah ni pon,
ayah yg tanam, tu pon beberapa kali mati..
orang kate bunga ni berpenunggu..hmmm ssh nk ckp
sbb ni kepercayaan orang2 dulu..tak dapat nk di pastikan..
aritu, aku b'peluang tuk tgk bunga di kembang..
bunga ni kembang dlm pukul 11 malam sampaila ke pagi..
bila pagi die kuncup balik..
Ni la bunga yang aku ambik malam tu..cantikkan..
menurut kepercayaan kaum cina.Pokok Bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah atau suwey.
Dan juga mengikut katenya bunga ni bole dibuat ubat.
bagi orang-orang Melayu plak, mereka percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.
Bila search kt tenet, aku baca dah byk plak version psl bunga ni..hmmmm...
tapi yg pasti, mak aku ader crite pasal sorg makcik ni..
die punya la semangat nk tgk bunga ni kembang..siap bawak bunga tu masuk dlm umah..
tgu2 sampai kul 12mlm bunga ni xkembang2 jgk..pelikkan..huhuhu
selepas dari tu ntah macam maner, tiba2 die perasan ade lembaga putih melintas depan die 
dengan sepantas kilat..whooaaaa, yeke?? adehh, ake dgr pon dah naik seram...
nak percaya ke x pon xtau la..sbb mmg bunga ni org cakp ade penunggunya..
aku pon xtau ape pasai bunga xkembang..bunga yg kt umah aku tu, aku tgk kembang molek je..
cantik je..huhuhuh
walau ape2pon ni sumer kepercayaan semata-mata.. rezeki, malapetaka, jodoh dan ajal sudah pun ditentukan oleh Allah SWT. Jangan terlalu percaya kepada perkara yang karut kerana ia boleh merosakkan akidah. btl tak??

 Bakawali... bunga suci
Ditinggalkan sang kekasih
Bakawali... bunga sepi
Tak pernah curang dalam cinta 
Biarpun hatinya sering saja menangis
Dan jiwanya terluka

 meh layan lagu Elly Mazlein ni...

Tuesday, April 24, 2012

~Fakta Menarik Tentang Tidur~

Assalam semua & selamat pagi..
Mata masih terasa mengantuk, bukan ape..
skg ni ssh btl la nk tido..xtau la kenapa kan..
sejak2 kene kluar dari rumah sewa skg ni, mcm dah xserasi 
plak ngn umah tu..hehehe..boleh plak camtu ekk..
Tapi tidur yg kurang boleh membuat otat kiter t'ganggu sampai tahap boleh membunuh diri..
Ape??!! oh tidak, kene tido jgk skg..hahaha
hari ni nak kongsi skit fakta mengenai tido..
crdt to http://www.ohsyok.com

Tidur mempunyai fungsi yang lebih dari sekadar mengistirehatkan tubuh saja. Kurang tidur boleh menbuatkan memori otak terganggu bahkan sampai tahap boleh bunuh diri. Jadi? Penelitian menemukan bahawa tidur tidak hanya melindung memori dari pengaruh luar tapi juga membantu menguatkannya. Mereka yang kurang tidur dikatakan mempunyai hormon stres, kortikosteron yang lebih tinggi. Hormon inilah yang mengganggu reproduksi sel di otak orang dewasa.
Masalah gangguan hormon kortikosteron ini boleh diatasi setelah korang mendapat tidur yang nyenyak selama seminggu. Tapi jangan pula menghabiskan waktu yang berlebihan untuk tidur. Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah 7 jam. Namun ramai yang hanya menghabiskan waktu untuk tidur dan istirehat selama 5 jam saja. Rupanya waktu tidur yang tidak normal ini boleh mendatangkan risiko masalah kardiovaskular. Hal ini berisiko besar terhadap gangguan jantung. Biasanya ini akan membuat detak jantung korang tidak normal.
Tidur boleh jadi penyembuh yang baik. Pada saat inilah pertumbuhan organisme tubuh. Sebagai contoh tidur boleh menumbuhkan tingkat hormon pertumbuhan dan mengganti sistem imune. Pada orang dewasa, kurang tidur boleh menimbulkan depresi berat. Dalam keadaan kurang tidur yang parah, depresi akan bertambah ditambah otak tak boleh berpikir dengan betul, banyak kes bunuh diri juga dikatakan kerana kurang tidur. 
  • Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari. 
  • Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit). 
  • Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan. 
  • Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan. 
  • Bermimpi adalah normal tak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti. 
  • Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu. 
  • Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain. Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak. 
  • Saat kita sedang tidur nyenyak, nafas, detak jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah. 
  • Saat kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika kita sedang dalam keadaan sedar. 
  • Banyak orang menderita insomnia adalah pengaruh dari rasa bimbang dan depresi. Dan rata-rata penderita insomnia paling tinggi adalah wanita dan orang tua. 
  • Rata-rata orang bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidur. 
  • Suhu tubuh akan menurun secara drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit. 
  • Walaupun kita sedang tertidur nyenyak, ada beberapa bahagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya mengapa kaum ibu selalu bangun ketika bayinya menagis.  

Monday, April 23, 2012

~Ape Korang tau pasal Tandas?


Assalam semua...
agak2nya hari ni hari bengang aku kot..
lg2 la hari ni hari Isnin..Monday blues gitu..
Hari ni nk kongsi skit pasal TANDAS..
ape yg korang tau pasal TANDAS??
mesti korang ckp, hari2 masuk TANDAS, xkan xtau..huhuh
mmg kite hari2 masuk TANDAS, klu xmasuk mmg xsah kan??
Tapi disebabkan insiden pagi td, rasa mcm nk menulis psl TANDAS plak..
 Mane xnya, bila tiba2 perut buat hal, korg nk masuk tandas,
tgk ade org lain plak potong line..dan yg masuk plak tu
bukan yang sejenis ngn korang.. hangin x??
igtkan aku yg salah masuk, rupenyer mamat tu yg salah..
bole pi siap mandi plak dalam tu.lg la hangin aku..
bila kuar buat muke bengang sebab aku ketuk pintu tandas tu..
eiii, nk je lempang laju2..len kali masuk tu tgk la dulu..
tu la org skg..dah la salah masuk, mintak maap pon x..
BUDI BAHASAKAN BUDAYA KITA!!!
tu pon nk kene ckp kaa!!!
Tapi ape2pon aku nk kongsi skit Fakta mengenai TANDAS ni 
ngn korang..layankan jelaa..huhuhu

1. Jika menggunakan tandas awam, pastikan anda membasuh tangan anda selepas memegang tempat flush kerana di situ terdapat sejumlah 40,000 bakteria bagi setiap inci persegi. Almaklum lah, kebanyakan cleaner tandas mesti mengabaikan tempat kecil sebegitu dan menumpukan di lantai dan tempat-tempat lain.
 
2. Dalam setahun, manusia telah flush (secara tak sengaja lah kan) sebanyak 7 juta buah telefon bimbit ke dalam jamban. Di antara benda lain yang popular di flush kan ke dalam jamban adalah ikan emas, gigi palsu, stokin, seluar dalam, baju dalam, kasut, tikus, hamster, anak patung dan juga berus gigi.
 
3. Secara purata seorang manusia menggunakan tandas sebanyak 2500 kali setahun iaitu sebanyak 6-8 kali sehari. Dengan itu, secara purata manusia menghabiskan 3 tahun sepanjang hidupnya di dalam tandas.

4. Semasa sedang flush, pastikan penutup toilet seat ditutup kerana sejumlah kecil najis anda akan lebih mudah berterbangan. Jauhkan berus gigi anda ketika sedang flush.

 5. Tandas menggunakan jumlah air lebih banyak dari penggunaan di dapur. Secara purata, seorang manusia akan menggunakan 75 liter air dalam sehari. Penggunaan dual-flush boleh menjimatkan sebanyak 25% dari jumlah tersebut. Boleh cari di Google kalau tak tahu apa itu dual-flush.

6. Kajian mendapati seorang lelaki memhabiskan 140 hari bercukur didalam tandas. Namun jumlah itu masih dikira sedikit berbanding wanita yang menghabiskan 3 kali lebih lama dari lelaki untuk aktiviti yang sama. 
 
 7. Secara purata, kita perlu menukar lampin seorang bayi sebanyak 10,000 kali sebelum beliau belajar menggunakan tandas.


p/s: Moral of the story, nk masuk tandas check dulu sign..hahaha


Friday, March 2, 2012

~OMG!! Yoga Bayi..Freaking Scared!!!~


Assalam kawan2..Selamat hari jumaat..
Jus nk shared 1 video yg mmg gile fo me!!!
xpenah tgk seumur hidup yoga bayi..
1st time tgk rsa macam nk tercabut nyawa..
bayangkan kalu korang wat kat ank2 korang cammi
lambung sana, lambung sini.. OMG!!!
ohhh nooooooo way!!
baby yg kecik tu, alahai xsanggup aku..
sedikit info pasal Yoga Bayi ni..
‘Yoga Bayi’ yang dipraktikkan oleh seorang pakar terapi dari Rusia, Lena Fokina, 51, terhadap seorang bayi yang menjadi ‘mangsa’nya dan aksi-aksi ‘akrobatik’ tersebut jelas membimbangkan ramai pihak, khususnya para ibubapa.
Wanita Rusia itu juga menjelaskan bahawa teknik itu sangat membantu tumbesaran bayi dan menegaskan bahawa tindakannya itu tidak salah dari sudut kemanusiaan sama sekali.
“Kaedah ini pada asalnya dibangunkan untuk menyembuh dan membetulkan kesihatan bayi yang mempunyai masalah otot atau tulang, namun ia juga sesuai untuk kanak-kanak yang sihat.
“Pergerakan ini direka untuk meningkatkan keupayaan otot dan pembangunan mereka.
“Dan sebenarnya bayi mampu membaca, menyanyi, bercakap, berenang sejak dilahirkan. Ia (yoga bayi) juga membuat tangan mereka yang lebih kukuh. Kami berperi kemanusiaan dan tidak berbuat apa-apa kesalahan pun,” katanya yang dipetik dari laman Dailymail.uk.com.
 gulpp!!! telan air liur aku dibuatnya..
eiii sanggup ke korang wat camtu??
tepuk dada tnya la iman..


p/s: tgk muka baby..alahaiiii sejuknya hati..

Monday, February 20, 2012

~every 21 minute~

 Salam sumeeee...arini nk share skit pasal MATI
sekadar mengingati kawan2 & juga diri sendiri..
marilah sama2 kite renung2kan, & slmt beramal!!!


Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
 
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.
 
Maka berkata Izrail:  Alangkah hairannya aku melihat orang ini,sedangkan aku diutus oleh  Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
 
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan Ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran  malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w  yang menjelaskan Mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
 
1 hari = 24 jam = 1440 minit 
1440 minit / 70 = 20.571 minit 
Ini bermakna MAILAKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 minit.

p/s: kite xtau bila kite akan dijemput..marilah sma2 memperbanyakkan amalan.. InsyaAllah..

Thursday, May 26, 2011

Pelik tapi benar...

adoyaiii...sakitnya hatiku ini..
tapi siyes aku xprsn!!!kalau ku thu mmg xkan beli!!!
#%$^%^%^&...!!!!
ni nak marah ni!!!



korang nmpk x ape yg aku nmpk kt brooch tu??
Astagfirullahalazimmmmm...ngucap pnjg aku..
eiiii sakit plak hati ni..
dahla malas nk ckp..kene wat report nie..

Thursday, April 21, 2011

ABC Kehidupan...


A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kite
F : Fikir sebelum bertindak terburu2
G : Gembira selalu
H : hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
S : Solat jangan ditinggalkan
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca AQ
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali
 
p/s: igt tu kawan2..renung2kan dan selamat beramal..huhuhu

Tuesday, January 25, 2011

Alone..


pagi ini menerima perkhabaran buruk dari HQ..my opismate kene transfer ke Kemaman..waaaaa...sorg la tgl..
ermmm, nape la sumer org nk pegi? but gud 4 her..dah lama kak ina merantau di bumi Rompin.. dekat skit ngn family die kan..
Ishhh...ni yg wat risau ni..aduh2..nmpknye kene tempuh juga dugaan yg mendatang ini..Tahun baru yg dimulakan dgn kesedihan diharapkan berakhir dgn kegembiraan hendaknya.. kene byk2 berdoa kpd Yang Maha Esa..Aminnn...
frens, plz pray 4 me 2!! Tq ^^

Wednesday, December 22, 2010

Manggis

Hari ni saya nak berkongsi tentang satu produk pemakanan yang bagi saya amat berkesan. Produk ini baru lagi dipasaran dan ramai lagi orang tidak tahu mengenainya. Sebenarnya, banyak khasiat yg boleh diperolehi dari produk ini. Ia bukanlah sejenis ubat, tetapi lebih kepada pemakanan kesihatan. Produk ini ialah tidak lain tidak bukan Jus Manggis dari syarikat Shamelin. Alaaa...yg duta die Malik Nor & Saiful Apek tu..huhuhu...

Wednesday, October 13, 2010

Fakta Menarik Hari Ini...


1.Mengapa kelelawar tidak pernah berkeliaran di siang hari? Karena tidak bisa melihat. Tapi, bukankah siang hari terang benderang? Ya, itu untuk manusia. Daya penglihatan kelelawar hanya sebatas warna inframerah saja. Di luar batasan itu, semua akan tampak hitam di matanya.


2. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu. 


3. Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih
lama daripada mereka yang kidal. 




4.Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama
iaitu huruf A. 



 5. Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari,
anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan
kopi.

Tuesday, March 30, 2010

Tip Mengurangkan Berat Badan... ✾◕ ‿ ◕✾

Salam..
Skang nie macam bersemangat je nak Diet kan..hehehe..petang nti nak gi join budak2 Jiran Muda main Dodgeball..heheehe..bole gak kuarkan peluh ye tak?? Lagi2 pulak, kene kuruskan badan nie sblm jmpa bakal mak mertua..hihihi.. erkkk!!! seram la plak..◕ ‿ ◕


Apa2 pon, ape kata meh kongsi tips2 mengurangkan berat badan ni...layannn..zasss..huhuhu

 

1) Elakkan penurunan berat badan yang cepat
Apabila berat badan anda berkurangan dengan cepat, kebiasaannya badan anda hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yang anda sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus melambatkan badan membakar kalori.

2) Gantikan makanan, bukannya elakkan terus
Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau garam dengan yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaskan keinginan untuk makan makanan kegemaran anda secara drastik walau pun pengambilan kalori telah berkurangan.

3) Minum banyak air
Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari. 

p/s: giler arr..bape byk air gas dah aku telan agaknyer..huhuhu

4) Banyakkan pergerakan
Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yang berlebihan. Banyak cara untuk anda bersenam termasuklah dengan jogging, pergi ke gim dan sebagainya. Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata mulakan dengan 10 minit, 3 kali sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yang paling penting, disiplinkan diri untuk melakukannya setiap hari. Bagi para ibu, jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa walau pun sebelum tidur untuk melakukan aktiviti fizikal.

5) Mulakan sedikit demi sedikit
Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih. Perubahan kecil kebiasaannya akan lebih berkekalan berbanding perubahan yang drastic.

6) Jangan terlebih makan
Pernah dengar ke sunah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda akan melihat perubahannya. Makan sedikit tetapi kerap.

7) Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya
Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi! Jangan buat begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat.

8)Kesan jangka masa panjang
Diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak akan berkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik yang mampu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jua yang anda rasakan berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan program anda bersesuaian untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam!

9) Fokus pada sihat, bukannya kurus
Kebanyakan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrient dan khasiat yang optima kepada badan anda. Untuk panduan, rujuk piramid makanan!

10) Atasi tekanan emosi
Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan anda teruja untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor. Lakukan juga aktiviti yang boleh menggembirakan anda supaya tekanan anda diatasi.

11) Motivasi
Sokongan dan motivasi merupakan salah satu daripada kunci utama dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan daripada orang tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul dan penuh semangat!
juga boleh selitkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai makan atau pun membuat sit-up sambil menonton TV.

 

Friday, January 15, 2010

Hari Minggu Yang...

Adoyai...minggu ni tak balik kampung..ermmm nak pi maner ye?? Kalau ikotkan kat Rompin ni maner ader tempat beshh..
Kalau ader pon kat Endau @ Mersing, tapi nk pi sane tu cam jauh je..
Malas betul la nk drive.. Klu ader driver kan best!! huhuhu
Igt nak pi turun Seremban jmpa buah hati..ehem..ehemm..tapi malas la plak..hahaha
Nmpknya aktiviti hujung minggu ni duk umah tgk astro jela..
Mau mati kutu mcm nie!! hihihi...

Saturday, June 20, 2009

~Kau Lelaki, Aku Wanita~

Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg banyk, Bagaimana??? , bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer: -


1. lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong- jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya.BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.


Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.



Wanita

1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sbaliknya.

3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6 - wanita wajib taat kpd suaminya.

7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.



Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. . sayangnya ALLAH pada wanita ..... kan..



WALLAHUA'LAM

Thursday, June 4, 2009

Punca stadium runtuh kat Terengganu

"Setelah melakukan siasatn yg terperinci, akhirnya pihak berkuasa dapat mencari akan punca utama yang menyebabkan berlakunya runtuhan stadium di terengganu."










Hiihhihihi..siapa punya keje la yang rajin sgt meng"edit" gambar nie. Apa2 pon kita enjoy, ini sekadar gurauan semata-mata, tiada kaitan antara yang masih hidup @ pon yang telah mati. Sekian terima kasih..

Saturday, May 2, 2009

Swine Flu @ Influenza A H1N1

Swine flu facts

Prevention: Wash your hands often, cover your nose and mouth when you cough or sneeze and avoid close contact with sick people.

Preparation: Stock up on N-95 face masks and gloves to wear if an outbreak occurs in your community. Also stock up on food and any critical medicine as transportation and delivery systems may be slowed or shut down if an outbreak occurs. “And stock up on hand sanitizer,’’ said Dr. Linda Van Etta, St. Luke’s infectious disease expert.

If you are sick: Stay home and limit contact with others. Call your doctor only if your condition gets worse than the usual cold or flu, and then make sure to wear or ask for a mask when you get to the doctor’s office or hospital.

Symptoms: Fever, cough and sore throat; some also have had vomiting and diarrhea. Symptoms can occur anytime from one to three days after exposure. “You will ache all over like a truck ran over you,’’ Van Etta said.

The virus: Considered a strain of swine flu but also combines genetic material from birds and humans never seen before.

Infections: Infected people are contagious for up to seven days from onset or longer if they continue to display symptoms. Young children might be contagious for longer periods.

How do you get it? The virus is believed to be transmitted through coughing or sneezing. You cannot get it from eating pork or pork products.

How do you get rid of it? Tamiflu and Relenza are recommended. The flu vaccine you may have had last fall for seasonal flu will not protect against swine flu.

For more information: Go to www.pandemicflu.gov.

Sources: Dr. Linda Van Etta; Minnesota Department of Health; Centers for Disease Control and Prevention


P/s: The flu is spreading very fast and many countries have already been affected. So friends, please take an extra precautions. This is no jokes.

Saturday, April 11, 2009

Rahsia Jumaat

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat

Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.

Saturday, February 21, 2009

Lelaki selalu berbohong & wanita sering menangis

Jika kelemahan lelaki dan wanita begitu diambil kira, pastilah kedua-duanya tidak hidup berpasangan. Namun, sudah menjadi fitrah serta tuntutan hidup bahawa lelaki dan wanita saling memerlukan. Justeru, wujudlah percintaan dan perkahwinan.

Perkahwinan yang sebenar serta bersih adalah antara lelaki dan wanita. Mustahil berlaku perkahwinan sesama lelaki atau sesama wanita. Hanya perkongsian hidup lelaki dan wanita saja yang menghasilkan zuriat untuk kelangsungan kewujudan manusia di dunia ini.
Satu perkara yang menarik mengenai perhubungan lelaki dan wanita dalam konteks suami-isteri, ialah lelaki selalu berbohong dan wanita sering menangis.

Mengapa hal sedemikian terjadi?

Menurut Pakar Runding & Kaunselor Profesional, Dr. Tajudin Ninggal, lelaki dan wanita memang selalu serta wajar berkomunikasi antara satu sama lain. Katanya, dalam berkomunikasi itu, ada beberapa perkara timbul.

“Wanita bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar isteri. Sedangkan lelaki tidak pernah bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar suami,” katanya.

Secara berseloroh, beliau berkata masalah wanita memang bermula daripada lelaki. Beliau menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris yang mengandungi suku kata men, his dan guy yang berkaitan dengan masalah wanita. Sebagai contoh, menopause, mental illness dan menstrual pain, histerectomy dan guynaecologist.

Beliau turut menyatakan satu hakikat dalam ungkapan yang menarik, iaitu wanita berbohong agar lelaki berasa selesa. Sementara lelaki berbohong agar dirinya kelihatan baik.

“Lelaki berbohong untuk kebaikan dan mahu bergantung pada seseorang. Mereka mengambil alasan ini untuk menyelamatkan diri dan meredakan suasana,” jelas Dr. Tajudin.

Tambahnya, wanita menangis untuk menyelesaikan tiga perkara, iaitu membersihkan mata, mengeluarkan kimia stres dari tubuh dan sebagai tanda bersedih akibat perasaan yang amat tersayat. Perhubungan yang baik antara lelaki dan wanita amat wajar diwujudkan. Jika tidak, hilanglah seri kehidupan ini.

“Untuk mewujudkan perhubungan yang baik itu, lelaki dan wanita perlu berkomunikasi dalam dua bahasa, iaitu `bahasa lelaki’ dan `bahasa wanita’. Jika tidak, lelaki dan wanita akan terus saling menyalahkan,” tambah beliau.

Ada beberapa perkara yang diperlukan lelaki dan wanita. Yang menariknya, jumlah perkara tersebut sama banyak, iaitu kedua-dua lelaki dan wanita memerlukan enam perkara.

Lelaki memerlukan kepercayaan, persetujuan, penghargaan, kekaguman, keizinan dan galakan. Wanita pula memerlukan perhatian, persefahaman, hormat, kesetiaan, pengesahan dan keyakinan.
Terdapat beberapa perkara yang kerap dilakukan wanita yang boleh menyebabkan lelaki berbohong serta merenggangkan perhubungan lelaki-wanita sebagai suami-isteri, iaitu berleter dan bertanya soalan remeh.

“Lelaki memang tidak suka mendengar leteran dan soalan remeh. Semakin banyak dileteri dan ditanya, semakin dia tidak mempedulikan. Oleh kerana terus diasak dan bosan, dia pun berbohong untuk meredakan keadaan,” jelasnya.

Selain itu, lelaki akan menganggap dirinya telah memberikan kepuasan penuh jika wanita tidak bertanya untuk meminta bantuan. Bagaimanapun, meminta bantuan perlu dilakukan dengan wajar. Jangan berselindung atau seperti mendesak. Wanita perlu meminta dengan berterus-terang, ringkas dan menggunakan perkataan seperti `Boleh tak?’.

Seperkara lagi yang tidak boleh dinafikan ialah lelaki mampu menjadi penyelesai masalah. Ini kerana, otak lelaki berorientasikan penyelesaian, sedangkan otak wanita berorientasikan proses.

Semoga kerjasama antara lelaki-perempuan ini dapat melahirkan sebuah hubungan yang harmonis seterusnya membentuk keluarga bahagia.

Tuesday, January 15, 2008

Sakit Gigi..hehehe

Pagi ni aku bangun..aku rasa cam pipi aku ni sakit & bengkak jer.. Aku pi la kt depan cermin.. Omg!!!! mmg btl pipi aku bengkak.. Waaaaaaaaaa..dah besar sebelah..rupenyer gigi aku sakit.. Geraham bongsu nak kuar.. Nak bukak mulut pon susah..gosok gigi pon ala kadar jer..huhuhu

Sampai2 ofis jer member aku gelak..siot arr..die ckp aku budak kecik..hampeh tul la..ellloooo...i already 27 ok..actually almost la..hehehe.. Cian kt aku, dari pagi sampai ke lunch hour aku xmakan..lapor giler!!! huh, klu cam gini leh kurus aku xmakan..hahaha.. Btl ker org ckp dengan tumbuhnyer geraham bongsu, bermakna kita sudah dewasa & matang.. Aku pon xtau, tp aku rasa korang yg kat luar sane pon mesti ader yg blom tumbuh geraham bongsu kan..kan..kan..?? Cayo la ckp den..hahahah... Last2, aku tampal koyok...nasib la bengkak die kurang..aku baru igt nk amik mc..tp memandangkan keje berlambak..terbantut niat aku...nk x nak tahan jolaaaa...
Aper2 pon nie ader fakta ttg Geraham Bongsu tuk orang sumer... Bacalah...

Geraham Bongsu
PERNAH mendengar mengenai geraham bongsu? Kononnya, selagi ia tidak tumbuh, selagi itulah anda belum ‘dewasa’. Geraham bongsu selalu dikaitkan dengan kesakitan dan dianggap penanda kedewasaan seseorang.Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut. Geraham bongsu biasanya tumbuh apabila anda berusia antara 17 hingga 21 tahun. Kerana kelewatan itu ia dikenali sebagai geraham bongsu (wisdom teeth).Sebenarnya, bukan semua orang mengalami kesakitan apabila geraham bongsu ini tumbuh. Jika anda mengalami kesakitan ketika geraham bongsu tumbuh, anak anda mungkin tidak. Jadi jangan terlalu menakut-nakutkan dia.Geraham bongsu boleh mendatangkan masalah dan kesakitan jika ia tidak tumbuh dengan betul. Misalnya, ia mungkin tumbuh secara horizontal.Kedudukan geraham bongsu yang tumbuh tidak betul juga boleh mengganggu susunan gigi lain atau merosakkan tulang rahang atau saraf. Kedudukan itu membuatkan ia mudah reput.Jika ia terperangkap dalam tisu atau tulang rahang atau tumbuh separuh saja ia juga boleh mendatangkan masalah.Gigi geraham bongsu yang tumbuh separuh boleh menyebabkan masalah gusi. Malah kedudukannya yang jauh menyukarkan anda memberusnya. Geraham bongsu yang tumbuh separuh menimbulkan kesakitan.Keadaan ini dikenali sebagai ‘impacted’. Geraham bongsu ini tersekat pertumbuhannya kerana rahang tidak memiliki ruang yang cukup untuk semua gigi. Ini disebabkan gigi anda tidak tumbuh dengan susunan yang betul. Mungkin sebahagiannya senget atau tidak teratur. Atau mungkin juga rahang tidak cukup luas untuk kesemua gigi. Masalah geraham bongsu yang begini memang sangat biasa ditemui. Begitupun masih ada mereka yang tidak mengalami masalah. Malah mungkin langsung tidak menyedari, gigi geraham bongsunya sedang tumbuh!Gigi geraham bongsu yang tersekat boleh mendatangkan masalah. Ia mudah memerangkap sisa makanan dan plak. Ia menyebabkan kawasan itu bengkak, sakit dan mulut berbau. Ia juga kadang kala boleh merosakkan gigi yang lain kerana jangkitan.Jika geraham bongsu itu tidak berfungsi, mereput, mengalami jangkitan atau mengganggu kunyahan, ia mungkin perlu dikeluarkan. Begitupun, setiap kes berbeza dan hanya doktor yang boleh memastikan sama ada ia perlu dikeluarkan atau tidak.


 

:: emmjay_ma :: Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang