Showing posts with label madah. Show all posts
Showing posts with label madah. Show all posts

Friday, April 6, 2012

~Madah Jumaat III~


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Senyumam kepada saudaramu adalah sedekah"
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan Allah s.w.t. akan memberi pada rasa lazat beribadat dihatinya" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Riba itu mempunyai 73 cara (jalan), yang amat ringan dosanya sama dengan seorang berzina dengan ibu kandungnya" (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat" (Riwayat Muslim & Abu Daud)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Satu dirham riba yang dimakan oleh setengah yang mengetahui, lebih berat disisi Allah s.w.t.daripada dosanya tiga puluh enam kali penzinaan" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani dari Abdullah bin Hanzalah r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Barangsiapa yang berperang untuk menegakkan kalimat (agama) Allah s.w.t. maka itu Fisabilillah" (Riwayat Bukhari, Muslim &Abu Daud dari Abu musa al-Asyari r.a)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang yang memulakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dua malaikat yang mencatat amal itu menghadap Allah s.w.t. membawa sembahyang seorang dua kali sembahyang, melainkan Allah s.w.t. berkata pada dua malaikat itu: Aku persaksikan kepada kamu bahawa Aku telah mengampunkan pada hamba-Ku dosa-dosa yang telah terjadi diantara dua sembahyang itu" (Riwayat Al-Baihaqi)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesiapa yang membaca (Surah Al-Ikhlas) dalam kesakitan dan matinya ,tiadalah dia akan menderita fitnah didalam kubur, terpelihara dari tekanan kubur dan dihari kiamat kelak dia akan dipapah oleh malaikat dengan telapak tangan hingga terlepas dari titian (sirat) dan selamat dia memasuki syurga" (Riwayat Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesiapa yang berwuduk pada hari Jumaat maka menyempurnakan wuduknya kemudian pergi kemasjid untuk solat Jumaat dan mendengarkan khutbah dan memperhatikannya, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang terjadi antara Jumaat itu dengan Jumaat yang sebelumnya" (Riwayat Muslim & Ahmad) 
 

  

Friday, August 12, 2011

Madah Hari Jumaat II

Sedikit madah2 kehidupan utk dikongsi bersama..♥♥

“Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.”

“Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal.”

“Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.”
 
“Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.”

“Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.” ~ La Roche
 
"Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan.  Seandainya kita menyedari hakikat kehidupan pasti diri kita tidak tenggelam dalam khayalan.  Impian dan harapan yang keterlaluan sehingga lupa pada qada dan qadarnya."

"Insan yang sentiasa berurusan dengan jalan ALLAH sentiasa merasakan hidup ini terlalu mudah dan indah.  Sesuatu halangan itu tidak dianggap sebagai masalah sebaliknya sebagai dugaan ALLAH untuk menguji iman mereka."

Thursday, April 28, 2011

Suaraku Berharap....

"Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya.."

Mengharap pada sesuatu yg tak pasti..ermm..mesti sakitkan..

"Kadangkala orang yg paling mencintai 
adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya
padamu kerana orang itu
takut kau berpaling dan menjauhinya..
Dan bila dia suatu masa hilang
dari pandangan mu..
Kau akan menyedari dia adalah
cinta yang tak pernah engkau sedari..."
 orang kata, kalau kita mencintai org tu..lepaskan die..
jika die kembali, maka die tercipta tuk kite..ermmm...

"Walau seremuk mana hati dilukai..
bentuklah ia semula..
Dan serahkannya pada Ilahi"
kerna hanya cinta kepada Yang Maha Esa kekal abadi...♥♥

Friday, January 7, 2011

Salam Jumaat


Yang dicari walau bukan putera raja,
biarlah putera agama.

Yang diimpi,
biarlah tak punya rupa,
asal sedap dipandang mata.

yang dinilai,
bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat ruhani,
sempurna hati.

Yang diharap,
bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat.

Yang datang,
tak perlu rijal yang gemilang,
kerana ana serikandi dengan silam yang kelam.

Yang dinanti,
bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia.

Dan yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati,
ana redha ketetapan Ilahi"

p/s : Selamat Tahun Baru 2011 Kawan2...^^
 

:: emmjay_ma :: Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang