Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, May 11, 2012

~Sunat Mencukur Bulu Ari-ari~

Assalamualaikum kawan2..hari ini tajuk agak sensitif sikit, tp mj tahu kita seme dah besar dan open minded sume sbb ini melibatkan kebersihan diri kita. Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat yang mulia, mj nk b'kongsi sedikit info mengenai tajuk diatas. Untuk pengetahuan semua, mencukur bulu ari-ari adalah sunat dan Rasulullah S.A.W pon ade berpesan seperti yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa :
"Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama empat puloh hari, supaya tidak lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu ari". (HR Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad,Tirmidzi,Nasai dan Abu Daud) .

Bermaknanya  paling lama 40 hari kenalah kita servis bahagian-bahagan tersebut. Adakah kita berbuat demikian wahai pembaca?. Jangan kata orang yang tak tahu memang tak buat, Yang dah tahu pun tak buat. Ada yang tak pernah bercukur sampai bertahun-tahun lamanya. Tebal macam hutan belantara. Selepas ni belilah pisau cukur dan mulalah cukur hutan belantara ini.

Istihdad ialah mencukur bulu ari-ari, dilakukan dengan mempergunakan pisau, iaitu pisau cukur. Al-Aanah  ialah rambut yang tumbuh sebelah atas zakar lelaki dan tumbuh disekitar faraj perempuan.

Dan dialog Rasulullah SAW dengan Iblis,

Pertanyaan Nabi:

"Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?" 

Jawab Iblis:

"Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Didalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Jabir larangan mendatangi isteri tengah malam sebelum bersisir lebih dahulu dan mencukur bulu ari-ari bagi orang yang baru pulang dari perjalanan jauh.

Kerana itu tidak diragukan lagi, mencukur bulu ari-ari dan membersihkannya termasuk perbuatan mustahabbah (Disunatkan) untuk mencegah kutu (kupan) dan bau yang tidak enak.

Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 

“Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari)

Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.

Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah حلق العانة (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)

Al-Nawawi berkata: “al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).

Perbuatan ini adalah sunnah, dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan manusia itu sendiri. Ini dapat difahami dari segi logic akal fikiran manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim (Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian tentang orang yang suka kepada kebersihan

Sebab saintifik kenapa perlu dibuang.

Kawasan bulu ari-ari adalah kawasan mudah berpeluh dan banyak keluar peluah. Sekiranya tidak dicukur bulu tersebut, maka ia akan menjadi banyak dan lebih banyak mengeluarkan peluh. Apabila terkena kesa-kesan kumuhan badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan. Lama kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur bulu ari-ari mencegah daripada pembiakan kutu. Selain itu, ia juga membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.

Jadi, marilah kite bersama-sama menjadi umat Muhammad yg pembersih dan juga dapat menghindarkan diri dari pelbagai penyakit..Insyaallah.. Wassalam

Tuesday, March 20, 2012

~Lagi Kes Penculikan..Adik Siti Nurfatihah~

 Satu lagi kes penculikkan telah berlaku, kali ini di Taman Tas, Kuantan..
Ya Allah, dekat sgt ngn rumahku di Kampung..
Satu skolah pulak ngn adik aku..
semakin banyak kes2 penculikan terjadi skg..
Harap semua berhati2..
Mari kita doakan keselamatan adik Siti Nurfatihah..

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan hilang dipercayai dilarikan tiga individu tidak dikenali ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah premis kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini petang semalam.  
Siti Nurfatihah diculik

Mangsa, Siti Nurfatihah Mahadi, 15, keluar ke premis berhampiran kira-kira jam 3 petang bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aishah, masing-masing 11 tahun, sebelum ditarik seorang lelaki memasuki sebuah kereta jenis Honda Ungu yang berhenti di depan kedai berkenaan sebelum memecut meninggalkan kawasan itu.

SEDIH...Nor Mala menangis ketika menceritakan kejadian Siti Nur Fatihah diculik. Gambar kecil, Siti Nur Fatihah, diculik.

Ketika kejadian, Siti Nur Fatihah bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aisyah, 11, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

Menceritakan kejadian itu, Nurul Aisyah berkata, tiba-tiba kereta dipandu seorang wanita berhenti di depan mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang keluar dan menarik kakaknya masuk ke dalam kenderaan itu.

“Kakak menjerit kepada Muhammad Syahmi ‘Baby..tolong kakak’ sebelum dia dan saya cuba menyelamatkan kakak dengan menarik tangannya sekuat hati,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Wednesday, December 7, 2011

~Tazkirah~

 
 
Daripada Abu Darda' r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia terjaga dari gangguan Dajjal."

Dalam riwayat lain disebutkan: "Dari akhir surat al-Kahfi."

(Riwayat Muslim)

* Sepuluh ayat permulaan & Sepuluh ayat terakhir.
 
 
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya:
Rasulullah s.a.w. membaca (yang bermaksud) 'Pada hari itu bumi akan memberitahukan khabar-khabarnya' (Surah Az-Zalzalah, Ayat 4)'

Kemudian beliau s.a.w. bersabda, "Adakah kamu semua tahu apakah khabar-khabarnya itu?" Para sahabat berkata,"Allah dan RasulNya adalah lebih mengetahui."

Beliau s.a.w. lalu bersabda, "Sesungguhnya khabar-khabar yang akan diberitahukan itu ialah bahawa bumi itu akan menyaksikan pada setiap hamba, lelaki atau perempuan, perihal apa yang dilakukan di atas bumi itu. Bumi akan mengucapkan, 'Orang ini akan melakukan begini dan begitu pada hari ini dan itu. Inilah khabar-khabarnya.'"

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
 
 
 Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "

Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? "

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ?"

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "

Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? "
Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "

(Riwayat Tirmizi)
 
 
 

Tuesday, December 6, 2011

~Untuk Mereka yang Mengharapkan Jodoh.. ~


Assalam kawan2...
ape kabar arini? sehat?? hehehe...
nak berkongsi sedikit info yg sy dpt..
berkenaan Jodoh..huhuhu
sama2 kita amalkan..InsyaAllah diperkenankan..
Aminnn...

Atas satu sebab, maka nabi Musa A.S yang awalnya merupakan seorang putera dalam kerajaan Firaun melarikan diri dari kerajaannya. Beliau berkelana beberapa lama di atas muka bumi hingga sampai ke suatu negeri yang ditentukan Allah SWT untuknya. Maka, tidak lama setelah nabi Musa A.S memasuki negeri Madyan dan sesaat setelah beliau
menolong orang-orang yang layak ditolong pada pandangannya ( yakni dua orang perempuan pengembala kambing ), beliau berdoa;

" Rabbi innii limaa anzalta ilayya min khairin faqier. "

Ertinya : " Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku. "
Q.S Al-Qasas : 24



Sebuah doa yang sangat baik dan sederhana, yang Allah SWT abadikan dalam kitabNya agar orang-orang terkemudian mengetahui bagaimana cara meminta kepada Allah SWT dengan suatu permintaan yang tidak sahaja mengandungi hajat yang sangat diperlukannya, tetapi juga mencerminkan pengakuan si peminta atas kekuasaan, ketinggian, kekayaan dan ilmu yang dimiliki oleh Tuhan yang dimintainya.Allah yang menciptakan kita, maka Dialah yang paling faham atas diri kita. Dia bahkan memahami segala keperluan kita hingga keperinciannya lebih daripada diri kita sendiri. Dan ketika nabi Musa A.S memohon kepada Tuhannya dengan doa tersebut, maka Allah SWT yang memahami keperluan-keperluan dan keutamaannya, Dia tidak sahaja memberi makanan untuk menutupi rasa laparnya, tetapi Dia juga memberinya jodohnya ( isterinya ), tempat tinggalnya dan pekerjaannya.



Dengan izin Allah SWT, maka beliau benar-benar mendapatkan jodohnya tidak lama setelah beliau memohon kepada Allah dengan doa tersebut. Sekali lagi, doa yang diucapkan oleh nabi Musa A.S adalah doa yang dipanjatkan sesaat setelah beliau menolong orang lain yang lemah. Dalam kisahnya, beliau menolong dua orang perempuan pengembala kambing. Oleh kerana itu, agar doa kita lebih berkesan, maka doa itu hendaknya diucapkan segera setelah kita merasa letih dan lelah kerana menolong orang lain atau sesiapa sahaja yang sekiranya memang layak untuk ditolong.Selain doa itu, maka sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menjadi hamba-hamba Ar-Rahman ( Tuhan Yang Maha Penyayang ), sementara itu dia juga dihadapkan kepada keinginan untuk menikah, maka hendaknya dia mengamalkan doa yang diajarkanNya sendiri sebagai salah satu tanda dari tanda-tanda hamba Ar-Rahman yang dicirikanNya sendiri.



"Rabbana hablana min azwaajina, wa dzurriyyatina qurrata a'yuniw, waj'alna lil muttaqiena imaamaa."

Ertinya : " Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami jodoh kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati ( kami ), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. "

Q.S Al-Furqaan : 74



Dari dua contoh doa di atas yang Allah SWT ajarkan kepada kita untuk mendapatkan jodoh, maka tahulah kita bagaimana seharusnya kita menyederhanakan permintaan kita kepada Allah SWT. Yang sedemikian adalah kerana Allah SWT adalah Tuhan kita yang maha mengetahui apa saja yang terbaik buat kita, hamba-hambaNya dan memahami apa sahaja yang layak diberikan kepada setiap dari kita, hamba-hambaNya. Sungguh, Dia maha mengetahui dengan ilmuNya, siapa yang paling layak dan paling sesuai disandingkan di sisi kita, baik sebagai isteri atau sebagai suami yang akan menguatkan
pengabdian kita kepadaNya. Subhanallah.
 

Thursday, December 1, 2011

Anda buat, Anda Dapat!!

Title mcm bagus je kan..hahaha
tapi tulah hakikatnya..klau anda berusaha utk mendapatkannya..
of cos la anda akn dapat ye x..
skg ni dh byk cara tuk menambah pendapatan ye x..
mcm2 program kuar..mane 1 yg btl pon xtau la..
haaa..ape yg aku nk ckp ni bkn la nk promosikan..
tp lbh kurangla..
program yg aku masuk ni pon stlh tgk member aku yg wat..
tgk cm ok je..lg pon kje part time je kt umah..
lgpon mlm2 aku xde wat ape..
so tgn ni gtl je nk menaip kan...
jd dgn semangat, aku pon join,
stakat ni lom dpt job lg..tp tadi ade sorg ni yg 
experience in SEO antr msg yg die interested tgk profile aku..
alah kejenyer senang je.. Data entry..
even w/o any knowledge in Data Entry,
akan aku usahakn tuk belajarnya..heheh
tgu jela..kot2 die nak hire aku kan..
klu korg nk tau lbh lanjut leh la g kt link nie..
http://www.jobdirumah.com/emmjay



well..aku hnya share ape yg aku tau,
klu korg nk cuba, xde masalah..
tp jgn kutuk2 ye..
sbb jalan utk berusaha ade dimana2..cuma nk ngn xnk je..
chayok2..

Friday, November 25, 2011

Syair Sejarah Awal Muharam


Syair Sejarah Awal Muharam

Dengan Bismillah bermulalah kisah,
Sejarah Nabi Muhammad berpindah,
Dari Makkah pergi ke Madinah,
Gelar terpahat dinamakan Hijrah.

Kisah sejarah diulangi lagi,
Untuk sama kita renungi,
Buat perbandingan semua insani,
Semua lapis rendah dan tinggi.

1410 menghilang di telan senja,
Fajar Muharam 1411 menjelang tiba mengguris pena,
Mengenang semula sumber Islam,
Dari al-Qur'an yang mulia.

Langkah demikian terpaksa diambil,
Oleh Junjungan selalu memencil,
Menanti wahyu Tuhan yang Maha Adil,
Yang diberikan oleh Jibrail.

Sesudah tiga belas tahun menjadi Rasul,
Agama Islam terbatas betul,
Bersama sahabat Nabi berkumpul,
Siapa berikhtiar semuanya dikabul.

Halangan dan ancaman berubi-tubi,
Namun Nabi bertabahkan hati,
Selalu beroda kepada Ilahi,
Menunjuk kemenangan jalan diperolehi.

Kitab Taurat telah disebutkan,
Nabi Muhammad Tuhan utuskan,
Menjadi pemimpin penganjur pilihan,
Menghapuskan permusuhan menciptakan perdamaian.

Ketika Nabi membaca al-Qur'an,
Ada yang tertarik kepada ajaran,
Pada ayat sedang dibacakan,
Yakin Muhammad utusan Tuhan.

Lalu mereka mendapat Nabi,
Untuk menyampaikan hasrat di hati,
Memeluk Islam yang suci,
Mengakhiri permusuhan yang menjadi-jadi.

Waktu Arab banyak permusuhan,
Kabilah sedang mengaji di pinggiran,
Untung nasib di perkampungan,
Sukar dicari suasana ketenangan.

Kerana dihantar ke Makkah selalu,
Ditanamkan azam dalam kalbu,
Niat yang baik sudah terpaku,
Buat permimpin Quraisy di situ.

Namun mereka mendengarlah sudah,
Lelaki bernama Muhammad berdakwah,
Berhajat menunju ke jalan Allah,
Hidup berbaik tidak pecah belah.

Setelah mereka pulang ke Madinah,
Membawa bersama mereka wadah,
Kuntuman ayat Qur'an yang cerah,
Mengorbankan Islam menyambut dakwah.

Usaha mereka benar-benar berjaya permai,
Penduduk Yathrib memeluk Islam beramai-ramai,
Kian pesat kejayaan terbukti,
Menembusi di Makkah jahiliah zaman Nabi.

Meminta hanya kepada Tuhan,
Allah yang menjadi segala kejadian,
Dialah saja memberi perlindungan,
Sebagaimana yang tersebut dalam al-Qur'an.

Berhati-hati saudara saudari sekalian,
Pada menilai satu kejadian,
Setiap yang jadi pada pandangan,
Itulah tanda kebesaran Tuhan.

Bila berlaku sesuatu yang pelik,
Berfikirlah dengan akal yang cerdik,
Akal ini iman akan menarik,
Tiadalah Nabi hari terbalik.

Tak usahlah kita berbelah bagi,
Iman yang bulat kepada Ilahi,
Jangan terperngaruh perbuatan keji,
Syaitan rosak iman yang suci

credit to Ismail Saki

 





Kerja Part-Time Di Rumah
Suri rumah, pesara, pelajar & sesiapa sahaja yang ingin bekerja dengan keselesaan di rumah sendiri. Join Sekarang!

Friday, December 24, 2010

Solat



Tengah layan2 youtube tadi, terbuka plak satu video mengenai Iklan yang mengajak umat Islam bersolat apabila sampai waktunya.. AllahuAkbar..tersentuh hati ini bila tgk video tersebut.. Nape kt Malaysia xde org nak buat iklan camni? sedangkan Malaysia juga adalah sebuah negara Islam.

Monday, March 29, 2010

SD 2

Salam semua..korang pernah dengar SD 2? SD 2 ni Slim Diet 2 keluaran NZ NEW IMAGE. Satu produk pelangsingan badan. Aku dah try produk ni. Memang berkesan dan dijamin selamat. Rasanyer pon sedap, sebab ia berasaskan soya protein isolote yang terpilih dan bergred tinggi, serat soya, diperkayakan dgn asid amino, vitamin A,B,C,D,E dan mineral. SD2 juga bukanlah 'meal replacement' dimana korang perlu berlapar tetapi ia adalah 'meal supplement' dimana korang semua boleh makan tanpa meninggalkan rutin harian korang semua. Oleh itu, semasa korang melalui program ini, korang tidak akan merasa letih dan kelihatan lesu seterusnya ia akan memberi korang tenaga walaupun proses pembakaran lemak terjadi.




Macam mana? Menarik? Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la message2 saya. TQ (^_^)
 

:: emmjay_ma :: Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang