Thursday, February 28, 2008

KAWAN

Terima kasih tak terhingga kepada kawan2 yg banyak bagi sokongan kat aku tatkala aku betul2 memerlukan sokongan & bantuan. Aku amat bertuah memiliki kawan2 yg baik mcm korang sumer.. Well, sajak ni aku buat sendiri,khas tuk kawan2 aku, walau pon tak best..hehehe.. Tak kira la kawan kt blog ni mahu pon kawan aku yg kat luar saner.. Thanks korang...



Kawan..
Tanpamu aku keseorangan
Tiada tempat tuk mengadu
Pahit manis kita tempuhi bersama
Kerana kau yang paling rapat


Kawan..
Sentiasa disisi tanpa jemu
Memberi semangat & nasihat
Walau kita berbeza
Kau tetap disisiku

Kawan..
Tiada kata dapat terluah
Hanya terima kasih tak terhingga
Walau masa terus berlalu
Dan kita tidak bersama lagi
Kau tetap kawanku
Hanya kau yang satu...


Thursday, February 21, 2008

Trauma

Waaaaaaaaaaaaaaaaaa.... aku trauma betullah skang.. Aku trauma dengan cinta!!!! hik..hik..hik..
Dah banyak kali aku terkena. Tapi yang last nie mmg menyakitkan..Betulla cakap orang.. Sakitnya Sayang.. Ceh, macam novel Norhayati Ibrahim plak..hahaha
Apa nak buat, just let it be..let bygones be bygones... Takdir Tuhan, siapa yg boleh menidakkannya.. Apa yg tertulis tu la yang berlaku.. Sebagai manusia, kena la terima. Nak tak nak hidup kene terus, walaupon sakit.. Eiii sakit betul hati aku nie..
Hai, susahnya nak lupakan orang yang kita rindukan.. Sama susahnya nak membenci org yg kita sayangkan...Kalau membenci lebih mudah dari melupakan, baik membencinya semampu mungkin... Tapi mampu ke nak membenci orang yang kita sayang?? Menyakiti hati orang yang dicintai tidak ubah seperti menyakiti hati sendiri... Hmmmm....???

Friday, February 1, 2008

Hati ini...

2 hari yang lepas saya menerima berita yang amat sedih dlm hidup saya. Saya tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku kepada saya. Tapi saya redha dengan ketentuan Tuhan. Setiap manusia pasti akan ditimpa musibah. Yang pasti kita harus tabah menghadapinya. Ujian yang datang dari Tuhan ada hikmahnya, cuma kita sahaja yang tidak tahu. Ini bermakna Tuhan sayangkan hambanya & menyedarkan mereka dari terus melakukan kesilapan.
Setiap manusia ada bahagian masing2 di dunia ini. Saya menganggap kali ini bukan untuk saya. Tidak mengapa, pasti ada bahagian yg telah ditetapkan OlehNya untuk saya. Kita cuma harus berusaha.
Bila kita ditimpa musibah, kadang2 baru kita tersedar dari kesilapan. Orang ckp, belajar dari pengalaman. Well, apa yg saya tempuhi telah memberikan satu pengalaman yang tidak mungkin akan saya lupakan. Pengalaman & pengajaran membuatkan seseorang tu matang dalam menempuhi cabaran yang mendatang.
Saya belajar dari kesilapan saya sendiri. Jangan terlalu mengharap & percaya pada seseorang tanpa selidiki latar belakang orang itu. Walaupon penampilan & keperibadiannya memaparkannya seperti seorang yang baik & jujur. Orang cakap orang yang nampak baik belum tentu baik & orang yg nampak jahat, belum tentu jahat. Well kata2 ini ada betulnya. Bagi yang pernah mengalaminya pasti akan mengerti.
Manusia walaupun nampak baik tp belum pasti dia seseorang yang jujur. Saya tidak mengatakan semua org begitu, tapi hanya segelintir sahaja. Yang pasti, kita tahu apa yang kita lakukan. Dan jangan sesekali mengambil kesempatan diatas kelemahan & kebaikan seseorang. Kerana lambat laun Tuhan pasti akan membalasnya. Kerana Tuhan itu Maha Adil & Dia jualah yang lebih Mengerti.

Tuesday, January 15, 2008

Sakit Gigi..hehehe

Pagi ni aku bangun..aku rasa cam pipi aku ni sakit & bengkak jer.. Aku pi la kt depan cermin.. Omg!!!! mmg btl pipi aku bengkak.. Waaaaaaaaaa..dah besar sebelah..rupenyer gigi aku sakit.. Geraham bongsu nak kuar.. Nak bukak mulut pon susah..gosok gigi pon ala kadar jer..huhuhu

Sampai2 ofis jer member aku gelak..siot arr..die ckp aku budak kecik..hampeh tul la..ellloooo...i already 27 ok..actually almost la..hehehe.. Cian kt aku, dari pagi sampai ke lunch hour aku xmakan..lapor giler!!! huh, klu cam gini leh kurus aku xmakan..hahaha.. Btl ker org ckp dengan tumbuhnyer geraham bongsu, bermakna kita sudah dewasa & matang.. Aku pon xtau, tp aku rasa korang yg kat luar sane pon mesti ader yg blom tumbuh geraham bongsu kan..kan..kan..?? Cayo la ckp den..hahahah... Last2, aku tampal koyok...nasib la bengkak die kurang..aku baru igt nk amik mc..tp memandangkan keje berlambak..terbantut niat aku...nk x nak tahan jolaaaa...
Aper2 pon nie ader fakta ttg Geraham Bongsu tuk orang sumer... Bacalah...

Geraham Bongsu
PERNAH mendengar mengenai geraham bongsu? Kononnya, selagi ia tidak tumbuh, selagi itulah anda belum ‘dewasa’. Geraham bongsu selalu dikaitkan dengan kesakitan dan dianggap penanda kedewasaan seseorang.Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut. Geraham bongsu biasanya tumbuh apabila anda berusia antara 17 hingga 21 tahun. Kerana kelewatan itu ia dikenali sebagai geraham bongsu (wisdom teeth).Sebenarnya, bukan semua orang mengalami kesakitan apabila geraham bongsu ini tumbuh. Jika anda mengalami kesakitan ketika geraham bongsu tumbuh, anak anda mungkin tidak. Jadi jangan terlalu menakut-nakutkan dia.Geraham bongsu boleh mendatangkan masalah dan kesakitan jika ia tidak tumbuh dengan betul. Misalnya, ia mungkin tumbuh secara horizontal.Kedudukan geraham bongsu yang tumbuh tidak betul juga boleh mengganggu susunan gigi lain atau merosakkan tulang rahang atau saraf. Kedudukan itu membuatkan ia mudah reput.Jika ia terperangkap dalam tisu atau tulang rahang atau tumbuh separuh saja ia juga boleh mendatangkan masalah.Gigi geraham bongsu yang tumbuh separuh boleh menyebabkan masalah gusi. Malah kedudukannya yang jauh menyukarkan anda memberusnya. Geraham bongsu yang tumbuh separuh menimbulkan kesakitan.Keadaan ini dikenali sebagai ‘impacted’. Geraham bongsu ini tersekat pertumbuhannya kerana rahang tidak memiliki ruang yang cukup untuk semua gigi. Ini disebabkan gigi anda tidak tumbuh dengan susunan yang betul. Mungkin sebahagiannya senget atau tidak teratur. Atau mungkin juga rahang tidak cukup luas untuk kesemua gigi. Masalah geraham bongsu yang begini memang sangat biasa ditemui. Begitupun masih ada mereka yang tidak mengalami masalah. Malah mungkin langsung tidak menyedari, gigi geraham bongsunya sedang tumbuh!Gigi geraham bongsu yang tersekat boleh mendatangkan masalah. Ia mudah memerangkap sisa makanan dan plak. Ia menyebabkan kawasan itu bengkak, sakit dan mulut berbau. Ia juga kadang kala boleh merosakkan gigi yang lain kerana jangkitan.Jika geraham bongsu itu tidak berfungsi, mereput, mengalami jangkitan atau mengganggu kunyahan, ia mungkin perlu dikeluarkan. Begitupun, setiap kes berbeza dan hanya doktor yang boleh memastikan sama ada ia perlu dikeluarkan atau tidak.


Monday, January 14, 2008

RATING

Aritu gi jenjalan kt blog saper ntah..xigtla plak..so, terjumpa la sesuatu benda yg menarik nie. Quite interesting la gak.. Tanpa berlengah lg, i pon try benda nie..heheheh..korang nk tau ape benda?? Jeng..jeng..jeng..



Hahaha..my blog was rated as G, G for general la kan..so, it's suits all ages. Xkisah la bebdk ker,makcik2 ker..sumer leh baca i punya blog..hehehe..sudi2kan la diri anda..


p/s: sorry la xsempat nk update blog nie..quite bz lor this month..

Wednesday, January 2, 2008

HAPPY NEW YEAR 2008

Happy New Year to all of you. May u have a great life ahead.
It's a new beginning of a new year, hoping that this year will brings more luck, prosperity & joyful in our life. May god bless us always. Peace!!

Wednesday, December 26, 2007

Annual Dinner!!!!!!!

Waaaaaaaaa...23hb lepas selamat Annual Dinner company aku..Huh angan2 nk pakai glamer2 tp last2 pakai biasa2 jer. Igtkan jadi buat Masquerade Party, tup-tup last minit xjadi..tapi ok gak..heheheh..tak lari budget..
Well, this year better than last year. Mc pon leh tahan hensem & klakar.. Biasa la dibayarkan,mestila buat yg terbaik.. Tapi tak sia2 pegi,sbb seronok..Tp plg best sbb Boss besar sporting abis.. ramai gak yg buat persembahan malam tu, tak sangka berbakat besar rupa2nya ofismate2 aku nie..haa..kalau tak caya tgk jela gambar diorg tgh perform tu..




Siap menari lagi tu.. gempak mmg gempak.. Oppsss lupa lak nk ckp buat kt maner. Thn nie annual dinner buat kat Danga Cruise 8, atas kapal tu..walaupun tempatnya tak de la besar sgt, tp okla,puas hati.
Makanan plak bole la tahan sedapnya..kira berbaloi la.. Tp yg paling sedap ayam bakar die la,sehingga menjilat jari & tak lupa lamb chop..Perghhh, ofismate aku tak igt melantak kambing tu..Ntah berapa byk die telan kambing tu pon aku xtau,lg2 kuah die black pepper favorite die..huh, ape lagi..layaaannn...

Last but not least, yang paling aku tak sangka aku bole dpt cabutan bertuah tu..heheheh..walau pon hadiahnya kecik tp bererti buatku..yela sbb kt umah aku xde lagi benda tu..huhuh..korang nak tau aper die??nie ha..jeng..jeng..

ok what daripada takde kan??hehhee.. Terima kasehla pada company aku yg sungguh bermurah hati tu..tp yg aku jeles diorg siap ader dpt digital camera,dvd playerla..huh, jeles2 sungguh.. Tapi apakan daya, aku dah ader semua tu..dapat sandwish maker nie pon dh kira ok, leh aku wat sandwish ari2..hahahaha...ermm,sampai sini saje la yg dpt aku taip..penat dh tgn aku nie..jumpa lain lembaran..cau cin cau.......




Wednesday, December 19, 2007

Salam Aidiladha buat semua...

Hari Raya Aidiladha tahun ni jatuh pada 20hb Dec 2007 hari Khamis. So, kepada semua kengkawan yg balik beraya tu, hati2 di jalan raya. Jgn memandu lelaju sgt, bahaya.. Igt la org yg tersayang..Semoga Selamat tiba ke destinasi yg dituju..
Tahun nie dah tahun ke 3 aku xblk beraya haji kt kg. Dah mcm biasa la plak xbalik.. Lgpon raya kt JB nie xdela semeriah raya kt kgku di Kuantan, Pahang.. Area2 belah sane meriah la jgk.. Hehehehe..
Last but not least, minta ampun klu ader terkasar bahasa, tersalah cakap & sewaktu dengannya.. Semoga bergembira di hari raya yg mulia ini..

Saturday, December 15, 2007

7 Perkara PELIK Tentang Diri Anda

Ermm..masa mula2 kene 'tag' ngan syada pelik gak..Amende la 'tag' tu. Then pegi jenjalan blog die & apisz . Baru la tau amende la 'tag' tu.

Dlm blog apisz ada menyatakan bahawasanya undang2 nya adalah seperti berikut:-
[1] Kene link org yg tag aku tu dlm blog& post undang² tu kat blog nih
[2] Kongsi 7 perkara pelik ttg diri kamu
[3] Tag org secara rawak & letak link blog diorang kat bawah post nih. Pastu kene bgtau yang diorang dah kene tag dengan tinggalkn komen kt blog diorang.

So, here we go...

1 - I'm addicted to PS2. Klu main tu mmg xigt dunia..sampai makan pon leh luper..sedar2 dah malam,baru trsa lapo..(tapi solat xtinggal ye...) huhuhu...

2 - Bile time 'drive' suka bawak kete lelaju,xpenahnya nk slow2..klu slow pon time traffic jam jer.. Klu xbawak laju xbest la beb.

3 - Aku suka tido.. tp klu tido, xsuka tido atas 'bantal'.. xtau naper,sejak azali dah camtu kot..huhuhu

4 - Lagi, sbenarnya aku ni 'pemalu'..hehehe..tp bila dah kenal ngn org tu aku jd xtau malu plak..hahahaha...

5 - Aku xsuka org 'marah' aku, sbb aku xreti nk marah org..

6 - Mempunyai keinginan yg tinggi dlm menternak & membela 'binatang'..hehehe..especially kucing ngn ikan..tapi aku nie xleh bela binatang la..sbb ape yg aku bela akan mati... Isk..isk..isk..sadis tul la..

7 - Last but not least, org kata muka aku ada iras2 cam muka pelakon anak pontianak tu ...saper namer die, Zarina Ann-Julie.. Hehehe..yeker?? Org ckp la, bdk opis aku ckp, housemate aku pon ckp..org2 terdekat ngn aku pon ader ckp.. ermmm biasala, kite kan ader 7 kembar seiras kt dunia nie.. Xgitu?? Xtau la sape yg ikot saper, tp yg pasti aku adalah aku.. hehehe

Eh, dah habis ker?? Rasa cam byk la plak..tp xpela..biarla rahsia..hahhaha..

Ini die name org2 yg bertuah itu :-

1.Alexandria
2.Skygirl
3.Hushsya
4.Annur
5.Fadzli
6.Ferdz
7.Aa Putra

Thursday, December 6, 2007

Korean Drama - Couple or Trouble

Hellooo sumer..eh korang tgk x citer korea kt 8TV setiap hari dari 8.30 - 9.30pm?? Tengok la..citer die best, romantic komedi.. Ape kater baca sinopsis kt bawah nie dulu k..

"She's pretty, insanely rich, and moves as if every street on this planet is a catwalk. The perfect woman? Not so fast. Anna Jo (Han Ye Seul of Forbidden Love) might look like a million dollars, but she's nearly unbearable: she never smiles, treats everyone but her cat Princess like a dog, and has the very annoying and expensive tendency of wanting to change every single piece of furniture she sees. Enter Jang Cheol Su (Oh Ji Ho of Super Rookie), the owner of a very small construction company in the suburbs. He treats every bill like treasure, his house looks like the aftermath of an armed robbery, and his idea of fashion is wearing the local soccer team's jersey. When these two get together, they make a truly Fantastic Couple. Based on the 1987 Hollywood film Overboard starring Goldie Hawn and Kurt Russell, Fantastic Couple became one of the most popular Korean dramas of 2006 simply for being outrageously funny. Showing once again their comic talent, the Hong sisters (writers of Sassy Girl Chunhyang and My Girl) mix sitcom tropes with interesting characters and even a little touch of drama to create arguably their best work to date. The biggest surprise is perhaps Han Ye Seul, who adapts to the two completely different sides of her role with great energy and spunk. "
Citer nie pasti membuatkan korang xsabar nk tgk ending die. hehehe.. pape pon dari 5 bintang, aku bg 4 bintang tuk citer nie..cuba2 la layan citer nie..pasti anda sumer xnyesal..huhuhu..chioww...


 

:: emmjay_ma :: Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang