Friday, October 15, 2010


Tribute To Allahyarham Tan Sri P. Ramlee..
Walaupun lagu ni dah lama
tapi masih sedap didengar...
Bila dengar, terasa sayu plak..
sememangnya susah nak cari pengganti P.Ramlee
walau byk kali mana pon cerita2 Allahyarham ditayangkan
aku ttp suka tgk. Memang best.
Memang Tabik la kat dia!! ♥♥

Wednesday, October 13, 2010

Fakta Menarik Hari Ini...


1.Mengapa kelelawar tidak pernah berkeliaran di siang hari? Karena tidak bisa melihat. Tapi, bukankah siang hari terang benderang? Ya, itu untuk manusia. Daya penglihatan kelelawar hanya sebatas warna inframerah saja. Di luar batasan itu, semua akan tampak hitam di matanya.


2. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu. 


3. Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih
lama daripada mereka yang kidal. 




4.Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama
iaitu huruf A. 



 5. Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari,
anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan
kopi.

Tuesday, October 12, 2010

Mencabar Minda

Mari lah kita sama2 menjawab soalan teka teki ini. Ini adalah sekadar mengisi waktu anda yang kebosanan itu..apala salahnya kita uji minda kita skit..hahahah..layannn..

1.Binatang apakah yang paling kaya didunia?

2.Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?

3.Haiwan apakah yang paling tidak sopan?

4.Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?

5.Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?

6.Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?

7.pabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?


haaa..jawab jgn xjawap....klu nk jawapan tgu minggu depan..kih kih kih..

Thursday, July 15, 2010

Eclipse

Hey guys...Twilight Saga: Eclipse are in cinema near you.. can't wait to see d movie!!! I'm very xcited to know tat Edward & Bella r finally reunited. Hope tis gonna be d best movie ever 4 tis year..huhuhu.. Lets check out d trailer..♥♥

The Girl with the Dragon Tattoo

Friday, June 11, 2010

Jauh berjalan...

Wahhh..minggu ni balik kampong lagi..
duk kat kampong lagi best.
ermm..leh la lepak2 ngn adik2..
Duk kat sini pon bknnya ade paper..housemate pon dah nk posting tmpt lain..
waaaa, cedihnya..tinggal la aku keseorangan..
dah la kawan xramai kat sini..
I'm gonna be aloneee agaiinnn...
waaa, sum1 pls help me..
umah pon xdpt cari lagi..umah skg mahal sgt laa..dpt cari bilik pon ok gak..
kadang2 rasa cam dah malas keje jauh2 dari family nie..
I miss my family, my kitties, my bed, my bantal bucuk..uhuk2..
tapi nti kalo dh kawen pon kene gak ikot suami..
haiihhh, minggu ni lg sorg kawan naik pelamin..
aku bila lagi?? erkkk..soklan cepu mas tu..
Nanti laa..malas nk pk lagi..wahh, leh gitu???
umo dah baper nie xkawen lg??
neway, ages just a number..
who cares!!!
tuuu diaaa....hehehehe
live life 2 d max...!!!

Wednesday, June 9, 2010

Ganu oh Ganu..

Ermmm...dah lama tak bercuti. So, minggu yang lepas amik la cuti 2hari gi jenjalan Ganu. Tu pon sebab adik cuti skali..kalau x, agaknya xcuti gak kan..Nasib minggu lepas dan minggu ni takde program. Leh la rilek skit. 
Gi Ganu pon sebab dah lama tak jmpa ngn ank buah kesayangan yang sorang tu.. huhuhu.. Sape lagi kalau bukan Nad.. Wahhh..dah pandai jalan die skg & makin chumell je mcm umi dia ni..hehehe
Bandar ganu besar gak..ni dah masuk 3x pegi, tp xhafal2 gak jalan. Nasib la tak drive.. Jadi penumpang pon pening gak kepala tgk jalan2 die. Bole tahan gak la jem kat sane. Lagi2 klu hujan, mmg la sesak.
Dok pusing2 bandar Ganu tu, tiba2 je leh kuar soklan ni kat abg aku, "Bang, stadium yang runtuh aritu dah baiki ker?" Abg aku jawab,"Lom lagi.."
Aku pon pelik apsal tak baiki lagi, aku tanya lagi, " Apsal tak baiki lagi?"
Kakak ipar aku pon jawab," Sebab die tunggu korang berdua datang amik gambar..tu yang tak baiki lagi.."
Mak aii jawapan..hehehe
Abg aku ckp, kalau org luar datang ke ganu. Tu la jawapan standard yg akan diorg berikan..
hahahah..lawak2
Tapi yang sbnrnya, abg aku ckp kerajaan negeri tak cukup duit nak baiki..
haiiii, yeker??









Wahhh, ni dah bole kira bangunan bersejarah nie..heheheh
klau ditengok dari setiap sudut, mmg tak logik la sebenarnya..
Macam mane bole stadium ni leh runtuh sebegitu rupa.
Runtuh plak tu seolah-olah ditengah2 sajer..
Cuba bayangkan, ada 1 kek yang bulat dan kita bahagikan kepada 2..
haaaaa...cam tu la lbh kurang..
yang bahagian lain ok je..
Mcm semua besi2 tu klu ditgk dr jauh, seolah2 cam lembut jee... Seram plak tgk..eiiii..
Sampaikan ank buah aku leh demam pas gi jenjalan kat c2..
eiiii seriauuu..hahaha
Tapi apa2 pon, tu la kebesaran Tuhan..Hanya Dia yang Maha Mengetahui disebalik setiap kejadian yang terjadi.. Apa2 pon marilah kita bersama2 renung2kannya.. Daaaa....

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?” [QS. Al- Fushshilat]

Wednesday, June 2, 2010

Long Distance Relationship


Cinta jarak jauh?? jauh maner?? sampai ke bulan @ ke bintang?? hahaha..Zaman skrg dah ramai antara kita yang bercinta jarak jauh ni. Termasuklah yang empunya blog nie sendiri. Hehehe..
Memang tak dinafikan Long distance relationship ni terlalu banyak dugaan dan halangannya. Kena banyak2 sabar, give and take & saling mempercayai antara 1 sama lain. Kalau tak, dah lama hancur perhubungan tu. Lebih baik tak payah bercinta klu dah tau masing2 duk jauh2 kan..Buang masa jer.
Tapi tula orang cakap, jodoh pertemuan tu di tangan TUHAN. Dia Yang Maha Mengetahui segala2 nya. Walau macam mana skali kita elak, pasti akan dapat jugak. Sama la macam bila kita tak suka gila ngan sorang mamat @ girls ni, last2 bercinta jugak.
Pokok pangkal niat dan hati kita sebenarnya. Hehehe..So, renung2kan dan selamat bercinta..
"Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah"

Monday, May 24, 2010

♥ Kebahagiaan Dalam Perpisahan ♥


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Friday, May 21, 2010

Yang Terindah



Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Hampir...

Pejam celik, pejam celik dah dekat setahun kerja ngan gomen. Cepat betul masa berlalu.. 
Banyak betul perkara yang dah berlaku dalam hidup ni.. Ada suka dan ada juga duka. Kawan2 pon makin ramai. Alhamdulillah.. yela, bak kata orang2 tua.. Berkawan biar beribu, berkasih biar satu.
Sebenarnya masih jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuhi, tapi sudah cukup kah ilmu didada?
Persoalan tu menjadi satu tanda tanya dalam hidup. Sebab sejauh mana kita pergi, setinggi mana kita mendaki dan sedalam mana kita selami, kita tetap masih perlu belajar. Belajar untuk memperbaiki diri, belajar tuk menjadi Islam yang sejati dan belajar untuk menjadi diri sendiri.

Walaupun adakala kita dapat apa yang kita inginkan dalam hidup, but stilll..its not enuf..!! Sebab manusia tak pernah rasa cukup dan berpuas hati dengan apa yang dah dimiliki.
 

:: emmjay_ma :: Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang