Monday, May 24, 2010

♥ Kebahagiaan Dalam Perpisahan ♥


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Friday, May 21, 2010

Yang Terindah



Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Hampir...

Pejam celik, pejam celik dah dekat setahun kerja ngan gomen. Cepat betul masa berlalu.. 
Banyak betul perkara yang dah berlaku dalam hidup ni.. Ada suka dan ada juga duka. Kawan2 pon makin ramai. Alhamdulillah.. yela, bak kata orang2 tua.. Berkawan biar beribu, berkasih biar satu.
Sebenarnya masih jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuhi, tapi sudah cukup kah ilmu didada?
Persoalan tu menjadi satu tanda tanya dalam hidup. Sebab sejauh mana kita pergi, setinggi mana kita mendaki dan sedalam mana kita selami, kita tetap masih perlu belajar. Belajar untuk memperbaiki diri, belajar tuk menjadi Islam yang sejati dan belajar untuk menjadi diri sendiri.

Walaupun adakala kita dapat apa yang kita inginkan dalam hidup, but stilll..its not enuf..!! Sebab manusia tak pernah rasa cukup dan berpuas hati dengan apa yang dah dimiliki.

Wednesday, April 21, 2010

Warna KehiDupaN


Warna biru kehidupan
Mencorak perjalananku
Hidup di sudut kota
Bertapak mencari secangkir rezeki..
Meninggalkan tanah tumpah bertuah..
Dan kini...

Puncak menara telah ku lampaui
Mengharapkan kecantikan warna..
Bunga matahari..
Mahu bersimpuh dihalaman sendiri...
Mahu mengulit bahgia bersama ayah bonda..
Dan yang pasti...

Takkan ada penyu menangis
Biarlah kenangan lampau...
Terus mekar dalam ingatan...


Tuesday, March 30, 2010

Tip Mengurangkan Berat Badan... ✾◕ ‿ ◕✾

Salam..
Skang nie macam bersemangat je nak Diet kan..hehehe..petang nti nak gi join budak2 Jiran Muda main Dodgeball..heheehe..bole gak kuarkan peluh ye tak?? Lagi2 pulak, kene kuruskan badan nie sblm jmpa bakal mak mertua..hihihi.. erkkk!!! seram la plak..◕ ‿ ◕


Apa2 pon, ape kata meh kongsi tips2 mengurangkan berat badan ni...layannn..zasss..huhuhu

 

1) Elakkan penurunan berat badan yang cepat
Apabila berat badan anda berkurangan dengan cepat, kebiasaannya badan anda hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yang anda sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus melambatkan badan membakar kalori.

2) Gantikan makanan, bukannya elakkan terus
Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau garam dengan yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaskan keinginan untuk makan makanan kegemaran anda secara drastik walau pun pengambilan kalori telah berkurangan.

3) Minum banyak air
Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari. 

p/s: giler arr..bape byk air gas dah aku telan agaknyer..huhuhu

4) Banyakkan pergerakan
Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yang berlebihan. Banyak cara untuk anda bersenam termasuklah dengan jogging, pergi ke gim dan sebagainya. Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata mulakan dengan 10 minit, 3 kali sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yang paling penting, disiplinkan diri untuk melakukannya setiap hari. Bagi para ibu, jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa walau pun sebelum tidur untuk melakukan aktiviti fizikal.

5) Mulakan sedikit demi sedikit
Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih. Perubahan kecil kebiasaannya akan lebih berkekalan berbanding perubahan yang drastic.

6) Jangan terlebih makan
Pernah dengar ke sunah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda akan melihat perubahannya. Makan sedikit tetapi kerap.

7) Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya
Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi! Jangan buat begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat.

8)Kesan jangka masa panjang
Diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak akan berkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik yang mampu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jua yang anda rasakan berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan program anda bersesuaian untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam!

9) Fokus pada sihat, bukannya kurus
Kebanyakan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrient dan khasiat yang optima kepada badan anda. Untuk panduan, rujuk piramid makanan!

10) Atasi tekanan emosi
Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan anda teruja untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor. Lakukan juga aktiviti yang boleh menggembirakan anda supaya tekanan anda diatasi.

11) Motivasi
Sokongan dan motivasi merupakan salah satu daripada kunci utama dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan daripada orang tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul dan penuh semangat!
juga boleh selitkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai makan atau pun membuat sit-up sambil menonton TV.

 

Monday, March 29, 2010

SD 2

Salam semua..korang pernah dengar SD 2? SD 2 ni Slim Diet 2 keluaran NZ NEW IMAGE. Satu produk pelangsingan badan. Aku dah try produk ni. Memang berkesan dan dijamin selamat. Rasanyer pon sedap, sebab ia berasaskan soya protein isolote yang terpilih dan bergred tinggi, serat soya, diperkayakan dgn asid amino, vitamin A,B,C,D,E dan mineral. SD2 juga bukanlah 'meal replacement' dimana korang perlu berlapar tetapi ia adalah 'meal supplement' dimana korang semua boleh makan tanpa meninggalkan rutin harian korang semua. Oleh itu, semasa korang melalui program ini, korang tidak akan merasa letih dan kelihatan lesu seterusnya ia akan memberi korang tenaga walaupun proses pembakaran lemak terjadi.




Macam mana? Menarik? Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la message2 saya. TQ (^_^)

Wednesday, March 24, 2010

Monday, January 25, 2010

Pantai Hiburan

Kalau orang tanya aku apa yang best nya kat Rompin nie..ermm, aku pon tak tau nak cakap apa. Sebab aku pon tak tau amenda yang best kat sini.. hehehe..
Yang aku tau, Rompin banyak udang galah..Sedap2x!! hehehe..
Tapi kene tengok musim gak la..Selalunya bulan 3-4, memang musim dia la tu..
Pantai kat sini pon, lebih kurang la.. Last week sempat gak la pegi jenjalan kat Pantai Hiburan tu..
Ingat nak jogging..Aleh2 jalan2 jer..heheheh..Tapi best gak la, sebab ada disediakan tempat tuk berjogging kat sini. Ada gak la tempat beriadahnya.
Aku pon dengan semangatnya berjalan ditepi2 pantai itu sambil bawak camera kesayangan ku itu.. Hajat nak mandi pantai, dah lama giler tak mandi.. Tapi tengok takde sape pon yang mandi, segan plak aku..huhuhu..
Sambil jalan2 tu sempat gak la aku snap beberapa gambar. Ape menda jenis binatang laut yang ader kat citu pon aku tak tau daa...tapi cute gak, geli pon ader aku tengok..
Tapi yang aku kesalkan, pantai2 kat Mesia ni dah jadi kotor.. Banyak botol2 hanyut, dengan selipar ntah sape punya pon aku tak tau..siap jadi tempat pembiakan tukun lagi..huhuhu





Dah la tu, paling aku kecewa, aku amik satu batang kayu kat situ konon2 nk tulisla kat pasir tu.. Sekali aku rasa melekit jer.. Cisss!! Rupa2nya minyak..Uiii!!! apa la diorg nie..Betul2 tak menjaga alam sekitar betul la.. Patutla banyak haiwan yang mati. Kita patutnya sedar, tanpa hidupan ni kita tak ada sumber makanan yang cukup nanti.. Cian kat diorang tu, kalau kita kena macam diorang tu, kita pon marah kan? Macam tu la jugak haiwan2 ni. Lama2 camni, hidupan ni boleh pupus.. Silap2 haribulan, tak ada apa yang tinggal kat dlm laut tu.

Jadi, renung2kan lah dan selamat beramal ye kawan2x!! (^_^)

Tuesday, January 19, 2010

Team Building!!!

Dengar je Kursus Team Building memang seronok, aku dah penah pi kursus nie..
Macam2 aktiviti leh buat dari flying fox, absailing, jungle tracking, kayak dan macam2 lah..sounds gud rite? Sbb ni sumer aktiviti beriadah..
Well, next month Jabatan aku akan mengadakan 1 kursus team building tuk seluruh staff Negeri Pahang..Yeaayyy!! best2!!
Butttttttt..... yang xbestnya tempat diorang nk buat tu btl2 bikin hati aku xsenang!! hahaha...
Macam xde tmpat lain diorg nk buatkan?? Banyak lagi tempat lain..hehehe..
Ade ke diorg nk buat kt Kem Bina Negara Bukit Sagu, Kuantan.. Hisshhh...
Dengar nama pon dah seram..hehehe
Bukannya aper, dah ramai org duk citer yng tempat tu keras skit, lagi2 dekat ngn hutan.
Memangla tmpt tu keras, sebab bangunan dibuat dari batu bata ekk?? hehehe..
Memangla ssh nk caya bila org ckp camtu..
Tapiiiii... ayah and adik aku pon citer benda yang sama!! So, believe it @ not? Tepuk dada tnya la iman..bukam imam yeh!! hahaha..
Apa2 pon..kita wait n see je la ye..



 

:: emmjay_ma :: Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang