Monday, April 28, 2008

Bahasa Kasar yang dilembutkan...

Sedar tak sedar dari perbualan harian kita, bahasa kasar telah dilembutkan sebenarnya dari perkataan kasar yang boleh mendapat penumbuk kat muka kita. Heheheh..Perkataan- perkataan ini biasanya digunakan oleh remaja dan golongan yang tak berapa nak remaja. Ahaks.. So, mari kita renung2kan..

SIOT:
Siot adalah dari perkataan sial ataupun sialan. Mana lagi lembut "Siot la kau ni,janji pukul 2 sampai pukul 5" berbanding " Kau ni memang sial! Janji pukul 2 datang pukul 5".

KLEPET/REMBAT:
Dari perkataan curi/rompak. Contoh ayat: Kau kelepet artikel dari blog isuhangat? berbanding Kau curi artikel dari blog isuhangat?

SEKODENG:
Dari perkataan mengintai/mengendap . Contoh ayat: "Jom sekodeng anak Pak Ali". Mana lebih lembut dari "Jom mengendap anak Pak Ali".

HAMPEH:
Dari perkataan tidak berguna. Mana lebih menyirap? "Kau ni memang hampeh! " berbanding "Kau ni memang tak berguna!"

KELENTONG:
Dari perkataan menipu. "Alah kau ni memang kaki kelentong" berbanding "Alah kau! ni memang penipu"

WAK LU:
Ini gurauan yang agak kasar sebenarnya dari perkataan bapak kau. Mau kena penerajang kalau berkata "Bapak Kau!" berbanding perkataan "Wak lu!"

Sebenarnya, banyak lagi perkataan-perkataan yang dah dilembutkan, contoh cam poyo,sengal & banyak lagi lah..hehehe..So, pandai2 koranglah tuk menggunakannya dengan betul..Oleh itu kawan - kawan, gunakanlah bahasa Melayu dengan betul. Peace!!!

Cinta


Dalam gelap aku terbang
Dalam gelap aku terang
Dan jadikanlah engkau senja
Kerana gelap kau ada
Kerana gelap aku indah
Aku hanyalah kunang kunang
Dan kau hanyalah senja
Dalam gelap kita berbahagi
Dalam gelap kita abadi

Petikan dari filem LOVE

Saturday, April 19, 2008

Matahariku

Matahariku..Lagu OST Jelita yang dinyanyikan oleh Agnes Monica. Walaupon lagu sedih tapi aku suka dengar. Hehehe.. Lagu & melodinya sedap didengar.. So, layaaann.. Kat sini aku sediakan lirik & kalau nak download lagu nie click ajer kat tajuknya..


Agnes Monica-Matah...



Agnes Monica - Matahariku (OST Jelita)

Tertutup sudah pintu pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Ku harus relakanmu walau aku tak mau

Reff:*
Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh terhening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

**
Dengarlah matahariku suara tangisanku
Ku bersedih karena panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

Back to Reff:*

dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karena panah cinta menusuk jantungku
 

:: emmjay_ma :: Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang