Sedar tak sedar dari perbualan harian kita, bahasa kasar telah dilembutkan sebenarnya dari perkataan kasar yang boleh mendapat penumbuk kat muka kita. Heheheh..Perkataan- perkataan ini biasanya digunakan oleh remaja dan golongan yang tak berapa nak remaja. Ahaks.. So, mari kita renung2kan..
SIOT:
Siot adalah dari perkataan sial ataupun sialan. Mana lagi lembut "Siot la kau ni,janji pukul 2 sampai pukul 5" berbanding " Kau ni memang sial! Janji pukul 2 datang pukul 5".
KLEPET/REMBAT:
Dari perkataan curi/rompak. Contoh ayat: Kau kelepet artikel dari blog isuhangat? berbanding Kau curi artikel dari blog isuhangat?
SEKODENG:
Dari perkataan mengintai/mengendap . Contoh ayat: "Jom sekodeng anak Pak Ali". Mana lebih lembut dari "Jom mengendap anak Pak Ali".
HAMPEH:
Dari perkataan tidak berguna. Mana lebih menyirap? "Kau ni memang hampeh! " berbanding "Kau ni memang tak berguna!"
KELENTONG:
Dari perkataan menipu. "Alah kau ni memang kaki kelentong" berbanding "Alah kau! ni memang penipu"
WAK LU:
Ini gurauan yang agak kasar sebenarnya dari perkataan bapak kau. Mau kena penerajang kalau berkata "Bapak Kau!" berbanding perkataan "Wak lu!"
Sebenarnya, banyak lagi perkataan-perkataan yang dah dilembutkan, contoh cam poyo,sengal & banyak lagi lah..hehehe..So, pandai2 koranglah tuk menggunakannya dengan betul..Oleh itu kawan - kawan, gunakanlah bahasa Melayu dengan betul. Peace!!!
Fizo Omar Syukur Akhirnya Dapat ‘Baby Boy’
3 hours ago
0 kaki merapu:
Post a Comment