Friday, February 15, 2013

~Renungan di hari Jumaat~


Assalamualaikum wahai sahabat2 ku..
Dah pon kita sampai ke Hari Jumaat, hari yg penuh keberkatan..
Semalam saya ada berbual dengan sahabat saya, dia mempunyai masalah yg saya tak dapat nak mention dalam blog ini. Tergerak hati saya untuk menulis pada hari ini mengenai sikapnya yg bagi saya bukanlah tidak baik, tapi lebih kepada tidak ambil endah mengenai masalahnya.
Eiii bukan saya nak menyibuk tau..tapi lebih kepada kecewa kerana saya menyuruhnya berusaha tapi tak diambil endahnya..tak apelah, janji saya dah menasihatinya dan mengingatinya sebagai sesama ISLAM..dalam ISLAM sendiri kita digalakkan untuk berusaha bukan?? Orang cakap nak seribu DAYA, tak nak seribu DALIH..betulkan??
Saya juga pernah jatuh dalam melayari kehidupan ini..(Ayat madah la plak..huuu) tapi ALHAMDULILLAH saya masih mendapat kekuatan untuk bangun menghadapinya.. Apa yang penting?? KERJASAMA..ehh, tu lain..huuu..ape yang penting kita jangan mudah putus asa & BERUSAHA!!! Betul..betul..betul..
ALLAH itu MAHA ADIL bukan?? selagi kita berdoa dan berusaha DIA pasti akan memberikan ganjarannya..
Yang penting kita berusaha, jangan hanya menunggu macam buah yang xgugur..kalaula kita boleh dapat apa yang kita nak tanpa berusaha, memang tak kan adela orang yang bekerja kat dunia ni..hahaha (termasuklah saya agaknya..ishhh2x)..
Jadi, jangan pernah berhenti berusaha dan berusaha, kerana KEJAYAAN adalah milik mereka yang berusaha.. renung2kan dan selamat beramal kawan2..Ingatan ini ditujukan juga untuk diri saya sendiri agar jangan mudah berputus asa, sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan dan mensyukuri nikmat yang telah diberikan olehNYA.. ♥♥.. Inshaallah~


post signature

0 kaki merapu:

 

:: emmjay_ma :: Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang