Tuesday, May 15, 2012

~Nama Noramfaizul terpahat di Newseum~

Assalam frens..korang dah baca paper arini?? mj baca berita harian td & terbaca mengenai Allahyarham Noramfaizul yang mane nama beliau akan diabadikan di arca kaca di memorial itu dibangunan newseum iaitu muzium yang dikhususkan untuk wartawan dan berita. Nama arwah diabadikan sebaris dengan 69 lagi petugas media dari seluruh dunia yang terkorban atau terbunuh ketika sedang berkhidmat atau menjalankan liputan berita sepanjang 2011.
Allahyarham Noramfaizul terbunuh selepas terkena peluru sesat ketika membuat liputan misi bantuan kemanusiaan di Mogadishu 2 September lalu.
 Mj sebagai rakyat malaysia berbangga kerana beliau dilihat oleh pihak Memorial Wartawan layak diberi penghargaan atas usaha beraninya. Ternyata usaha beliau merakamkan peristiwa berlaku di Somalia tidaklah sia-sia.Beliau merupakan wartawan Malaysia pertama diberi penghormatan tersebut. 
Walaupon peristiwa sedih ini dah lama berlaku tetapi ia menjadi satu detik hitam bagi rakyat Malaysia. Tak mungkin dapat dipadamkan dalam sejarah kewartawanan Malaysia. Sesungguhnya usaha murni Allahyarham patut dicontohi dah diberi penghargaan. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah..
Dalam kenangan...


~Wordless Wednesday #3~


p/s : really missed them..hoping tat all of them were happy wif their own life..do remember 2 cherish all d memories we had 2gether..^^

Monday, May 14, 2012

~pavlova~

Assalam semua..beberapa hari ni mj asik dok search pasal PAVLOVA je..huhuhu..maybe ade yang dah sinonim @ biasa ngn pavlova ni..so dok diam2 kat situ yek..biasala, mj jarang2 kuar dr tmpt persarangan..wah ayat..huhuhu...agak ketinggalan sedikit..maafkan hamba ye..mmg kecur air liur tgk pavlova ni, xpenah rasa..teringin plak nk rasa..dan teringin plak nk membuatnyer..bila tgk resepi mcm senang je kan..hihihi...nti ade masa bole la membuatnya..kat sini mj serta kan sejarah pavlova ni..
Pavlova adalah pencuci mulut meringue yg dinamakan sempena nama penari ballet Russia iaitu Anna Pavlova. Ia adalah pencuci mulut meringue dengan kerak garing dan lembut didalamnya..menbacanya aja sudah bisa membuatkan mj telan air liur..huhuhuh...Pencuci mulut ini dibuat sempena kedatangan Anna ke New Zealand & Australia pada Tahun 1920an..xpasti plak selepas @ sblm dia datang melawat negara itu. Pembuatannya menjadi perdebatan antara 2 negara ini kerana masing2 menyatakan bahawa mereka la org pertama yg mencipta kek pavlova ni..adehh, suka ati korg la..tp menurut sumber, New Zealand adalah negara rasmi yg membuat & memperkenalkannya..Ok..watever..janji kek ni sedap..erkkk xpenah rasa mana tau sedap??? huhuhu...tgk je pon dah mcm sedapkan...sedap la kot..hah, baca yg kat bawah ni plak...
dah baca sejarahkan..kite tgk gmbar plak..aduhaiii, btl2 menggoncang iman..huhuhu..adehh, teringin bener nk makan..sabar2..^^
gambar ihsan dr Mr. Google..tq ^^
 saper2 yg terer buat pavlova ni leh tlg ajarkan..tunjuk ajar ku sifu..hhuhuhu...


p/s : aduhhh...mcm mengidam je aku ni..wawawa

Friday, May 11, 2012

~Sunat Mencukur Bulu Ari-ari~

Assalamualaikum kawan2..hari ini tajuk agak sensitif sikit, tp mj tahu kita seme dah besar dan open minded sume sbb ini melibatkan kebersihan diri kita. Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat yang mulia, mj nk b'kongsi sedikit info mengenai tajuk diatas. Untuk pengetahuan semua, mencukur bulu ari-ari adalah sunat dan Rasulullah S.A.W pon ade berpesan seperti yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa :
"Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama empat puloh hari, supaya tidak lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu ari". (HR Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad,Tirmidzi,Nasai dan Abu Daud) .

Bermaknanya  paling lama 40 hari kenalah kita servis bahagian-bahagan tersebut. Adakah kita berbuat demikian wahai pembaca?. Jangan kata orang yang tak tahu memang tak buat, Yang dah tahu pun tak buat. Ada yang tak pernah bercukur sampai bertahun-tahun lamanya. Tebal macam hutan belantara. Selepas ni belilah pisau cukur dan mulalah cukur hutan belantara ini.

Istihdad ialah mencukur bulu ari-ari, dilakukan dengan mempergunakan pisau, iaitu pisau cukur. Al-Aanah  ialah rambut yang tumbuh sebelah atas zakar lelaki dan tumbuh disekitar faraj perempuan.

Dan dialog Rasulullah SAW dengan Iblis,

Pertanyaan Nabi:

"Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?" 

Jawab Iblis:

"Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Didalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Jabir larangan mendatangi isteri tengah malam sebelum bersisir lebih dahulu dan mencukur bulu ari-ari bagi orang yang baru pulang dari perjalanan jauh.

Kerana itu tidak diragukan lagi, mencukur bulu ari-ari dan membersihkannya termasuk perbuatan mustahabbah (Disunatkan) untuk mencegah kutu (kupan) dan bau yang tidak enak.

Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 

“Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari)

Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.

Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah حلق العانة (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)

Al-Nawawi berkata: “al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).

Perbuatan ini adalah sunnah, dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan manusia itu sendiri. Ini dapat difahami dari segi logic akal fikiran manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim (Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian tentang orang yang suka kepada kebersihan

Sebab saintifik kenapa perlu dibuang.

Kawasan bulu ari-ari adalah kawasan mudah berpeluh dan banyak keluar peluah. Sekiranya tidak dicukur bulu tersebut, maka ia akan menjadi banyak dan lebih banyak mengeluarkan peluh. Apabila terkena kesa-kesan kumuhan badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan. Lama kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur bulu ari-ari mencegah daripada pembiakan kutu. Selain itu, ia juga membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.

Jadi, marilah kite bersama-sama menjadi umat Muhammad yg pembersih dan juga dapat menghindarkan diri dari pelbagai penyakit..Insyaallah.. Wassalam

Thursday, May 10, 2012

~kartun dolu2~


Assalam sumer..tetiba hari ni nk citer pasal katunkan..bukan aper, bile tuk sorang2 dalam bilik terpikir, dah lama aku xlayan benda2 yang aku suka..contohnya katun laa..huhuhu..aku mmg suke tgk katun..bila masa skolah dulu ska layan citer katun..bila dah meningkat usia ni, kadang2 masa pon xde nk tgk tibi..huhuh..
Yang paling aku igt citer katun masa zaman aku dolu2 ialah..tag line die cam gini "Dengan kuasa bulan, akan membunuhmu!!!" wawawawa..bila igt blk mmg klakar, tp tula hakikatnya masa kanak2 dulu, tagline ni la plg glamer..
satu yg paling xleh lupe ialah hero dlm citer ni, tuxedo mask @ mamoru..ala yg bila tyme lawan tu baling bunga ros..huhuhu..giler2 suka tyme tu..aduyaiii..xleh btl lupe..hehehe..opsss..sudah2..

dan katun paling glamer tyme aku skolah dulu xlain xbukan JEM AND THE HOLOGRAMS..huhuhu..mmg klu dulu2 katun ni plg best laa..mane xnya, leh siap tukar2 lg..
kira ade dua personaliti la ni..bila biasa name watak die Jerica Benton, bila bertukar jadi la Jem..pastu nyanyi2...dan yang jadi watak jahat dlm citer ni ialah the Misfits..mcm2 cara die buat tuk m'jatuhkan Jem dah mendedahkan identiti sebenar JEM..huhuhu..kat bawah ni lagu intro jem yg glamer tu..

Dan klau korang igt ade satu katun tajuk die HE-MAN kan, penah tgk x?? huhuhu.. yang aku nk citer ni bkn pasal HE-MAN, tp adik bradik die iaitu SHE-RA: Princess of Power..haaa, penah dgr x?? citer die lbh kurg cam HE-MAN tp ni version pompuan.. tapi citer ni kejap je kuar, pastu trs lenyap begitu saja..huhuhu...penjahat dlm katun ni pon still same iaitu skeletor..
Haa ni katun ni katun adik aku suka, THUNDERCAT..die punya tagline cam gini, "Thunder, thunder, thundercat...HOOOOOO!!!!"huhuhu..terus ubah jadi kuat..bila dia pancarkan je lambang thundercat melalui pedang ni, mereka seolah2 mendapat kuasa dr pancaran itu..wahhh gitu..huhuhu..lebih kurang laa..tp siyes, katun ni best..

 Yang Paling Femes skali katun dulu2 dan masih dimainkan di TV adalah DRAGONBALL..siyes aku xpenah jemu tgk citer nie..watak GOKU mmg xdimakan usia lgsg..start dari die kecik sampai dah kawen, ade ank dua orang GOHAN & GOTEN..katun ni ttp menjadi pujaaan ramai..aku rasa movie die pon xbrape best sgt dr series die.. tgk yg series punya kt TV lg best kot..huhuhu..suke rambut kuning die..huhuhu

 Actually byk citer katun yg best2 mase dolu2..mcm The Smurf, Yogi bear, Chipmunks, Popeye, Scooby Doo, Oltromen, Power Ranger, Gaban, Suria Baja Hitam dan byk lagi la..klu nk citer mmg xabis..tp yg pasti, katun dulu2 cukup menghiburkan tak mcm katun @ anime skg yg bg aku kurang menarik..bkn xbest, ade yg best mcm Bleach, Naruto, 1pieces cumanya kadang2 jalan citernyer mcm mengarut..biasala kadang2 budak2 mudah t'pengaruh dengan mende2 mcm ni..so, ibu bapa kene sllu pantau.. klu korang rasa ade lg nk tmbah, silala bersila..huhuhu..daaa...


Wednesday, May 9, 2012

~ A Journey To Remembered ~


 
p/s : malas nk menulis panjang2, korang layankan jela gambar kat atas ye..1 pengalaman yg bermakna di Taman Negara Jerantut, Pahang.. Insyaallah umur panjang, leh datang lagi..^^

 

:: emmjay_ma :: Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang