Tuesday, May 15, 2012

~Nama Noramfaizul terpahat di Newseum~

Assalam frens..korang dah baca paper arini?? mj baca berita harian td & terbaca mengenai Allahyarham Noramfaizul yang mane nama beliau akan diabadikan di arca kaca di memorial itu dibangunan newseum iaitu muzium yang dikhususkan untuk wartawan dan berita. Nama arwah diabadikan sebaris dengan 69 lagi petugas media dari seluruh dunia yang terkorban atau terbunuh ketika sedang berkhidmat atau menjalankan liputan berita sepanjang 2011.
Allahyarham Noramfaizul terbunuh selepas terkena peluru sesat ketika membuat liputan misi bantuan kemanusiaan di Mogadishu 2 September lalu.
 Mj sebagai rakyat malaysia berbangga kerana beliau dilihat oleh pihak Memorial Wartawan layak diberi penghargaan atas usaha beraninya. Ternyata usaha beliau merakamkan peristiwa berlaku di Somalia tidaklah sia-sia.Beliau merupakan wartawan Malaysia pertama diberi penghormatan tersebut. 
Walaupon peristiwa sedih ini dah lama berlaku tetapi ia menjadi satu detik hitam bagi rakyat Malaysia. Tak mungkin dapat dipadamkan dalam sejarah kewartawanan Malaysia. Sesungguhnya usaha murni Allahyarham patut dicontohi dah diberi penghargaan. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah..
Dalam kenangan...


0 kaki merapu:

 

:: emmjay_ma :: Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang