Saturday, June 20, 2009

~Kau Lelaki, Aku Wanita~

Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg banyk, Bagaimana??? , bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer: -


1. lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong- jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya.BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.


Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.



Wanita

1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sbaliknya.

3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6 - wanita wajib taat kpd suaminya.

7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.



Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. . sayangnya ALLAH pada wanita ..... kan..



WALLAHUA'LAM

Thursday, June 18, 2009

~Selamat Tinggal Kasih...~

"Selamat tinggal kasih, sampai kita jumpa lagi...."
Waduh2, sedih plak dengar lagi Ello yang bertajuk "Pergi Untuk Kembali". Yelah, next week adalah hari terakhir aku ditempat kerja. Pas ni aku akan memulakan kerja ditempat kerja baru plak. Aku pon tak tahu kat maner aku akan dihantar. Yelah, keje ngn goverment nie kene la bersedia ditempatkan dimana2 saja dalam malaysia.
Perasaan sedih tu makin membuak2 plak. Dah lama aku dibumi Johor, dah macam2 pengalaman yang aku kutip. Tapi paling sedih sebab nak tinggalkan kawan2 yang dah lama aku kenal ni. Dah macam adik beradik dah. Dah sayang giler ngn diorang nie. Walaupon kadang2 gaduh tapi biasalah tu, adatlah dalam berkawan. Susah sebenarnya nak cari kawan time sama2 suka & sama2 sedih ni. Eiii...sebak plak..hehehe..sob..sob..sob..
Tapi yang pasti aku pasti akan kembali ke bumi Johor, lawat kawan2 kesayangan aku ni..hehehe..Harap2 korang janganlah lupakan aku yang sorang nie. Kerana korang tetap dihati aku sampai bila2. Terima kasih atas segalanya KAWAN2!!
Lagu nie khas tuk korang sumer kawan2 aku yg tersayang..Tak kira dimana korang berada!!

Thursday, June 11, 2009

~Komik~

Orang kata membaca satu amalan yang sangat bagus..Betul betul betul. Tak kira apa jenis bacaan skali pon kan kan kan..hehehe..
Aku dah lama sebenarnya suka membaca,dulu aku suka baca novel. Minah jiwangla katakan,tapi aku takde la jiwang pon. Alah saper2 pon leh baca novel kan. Penulis novel yg aku paling suka ialah Norhayati Berahim. Aku suka novel2 beliau, tapi skang nie aku dah jarang baca novel..sebab, minat aku dah bertukar kepada membaca Komik..hehehe...macam maner ntah leh tukar. Apa yang pasti cerita2 komik ni memang menenangkan kepala otak aku ni yang sememangnya selalu tensen..hehehe..
Walaupon tajuk2 citer komik tu kelakar (ada yg diadaptasi dari negara lain), aku tetap enjoy..hehehe..Selalunya aku suka beli komik dari Gempak staz collection. Harga pon boleh tahan la..sebab aku still mampu beli..hehehe.. Kat bawah ni komik2 yang dah aku baca, so kalau korang minat baca komik, leh la cari kat kedai2 buku yg berdekatan.. Layannnnn....


komik2 ni aku dah baca..

komik ni paling aku suker..kelakar giler..hehehe

Aper2 pon banyak lagi komik yang ader di pasaran..so jangan luper beli yer..hehehe.. Zassss..

Thursday, June 4, 2009

Punca stadium runtuh kat Terengganu

"Setelah melakukan siasatn yg terperinci, akhirnya pihak berkuasa dapat mencari akan punca utama yang menyebabkan berlakunya runtuhan stadium di terengganu."










Hiihhihihi..siapa punya keje la yang rajin sgt meng"edit" gambar nie. Apa2 pon kita enjoy, ini sekadar gurauan semata-mata, tiada kaitan antara yang masih hidup @ pon yang telah mati. Sekian terima kasih..

Hari Ini Hari Khamis

Ermmm...apa nak tulis ye, dah lama tak menulis..betul2 bz la..hehehe..
Tapi hari ini, sebab kemalasan melanda & mengantuk tahap gaban..So,tangan ni rajin plak nk menaip, supaya hilang ngantuk nie ha.. Satu keje pon tak siap lagi ni. Tak boleh jadi ni, kene gak siapkan keje sebelum berhenti..hehehe..akhirnya aku dapat gak bekerja di sektor kerajaan, walaupon keje sebagai pembantu jer. Takpe la, at least org kata more secure kan kan kan..(^_^)
Ape2pon aku tak lah memilih keje sangat..yela skang ni bukannya senang nak dapat keje kan. Lagi2 plak nak compete dengan budak2 lepasan U. Haih, kalau ader rezki tak kemana kan..
Wuarghhh...dah berapa kali dah aku sangap nie..(eii tak senonoh tul pompuan menguap tak tutup mulut!!) Opppsss!!! hehehehe...Okla, baik aku sambung keje,kang tak siap plak keje aku..Tapi leh gak sambil2 tuk hilangkan ngantuk kan kan kan..hehehhe...
 

:: emmjay_ma :: Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang