Monday, July 13, 2015

Dah nak raya laa...


Assalamualaikum...
Waduh2..dah setahun tak mengarut kat sini..punya la malas dan sibuk ngn keje..nasib xberabuk sangat blog ni..huhuhu
Haa skang ni bolan pose, tinggal bape hari je lagi nak raya, radio pon asik dok putaq lagu raya je ni..mood nk keje pon hilang..haisshhh
Ni yang datang mood tension ni.. kepala dok asik teringat kt kampung je..cepatla masa berlalu (suke ati jekan) huhuhu..
Pape pon cheq nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin la kepada sume naa..berhati hati dijalan raya jgn asik nk laju je tau (peringatan tuk diri sendiri gak..huhuhu) igtla orang yang tersayang k..Raya tu nanti jgn melantak je koje nye..huhuhu nak diet sbb tgh counting days gitu..chewahh nyampah mak jemah..hahaha..okla sampai jmpa lagii.. chamat ari raye..xoxo
Nah layankan lagu ni utk korang sumer..huhuhu...kelass gitew..


post signature

Friday, March 20, 2015

~Salam Jumaat~

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :
"Sebaik-baik hari jumaat yang terbit matahari ialah hari jumaat. Pada hari inilah Nabi Adam AS dicipta dan pada hari ini juga ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini juga ia dikeluarkan daripada syurga."

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:
"Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani."

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:
"Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?"

Nabi s.a w bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah menugaskan dua Malaikat untuk menulis segala apa yang dilakukan atau dituturkan oleh seseorang hamba-Nya (satu disebelah kanannya dan yang satu lagi disebelah kirinya); kemudian apabila orang itu mati.maka Tuhan perintahkan kedua Malaikat itu dengan firman-Nya: "Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hamba-Ku itu serta hendaklah kamu mengucapkan tasbih, tahmid dan takbir hingga ke hari qiamat dan hendaklah kamu menulis pahalanya untuk hamba-Ku itu." Dan pada satu Athar, ada disebutkan bahawa kedua Malaikat itu melaknat si mati hingga ke hari Kiamat - jika ia seoarang kafir.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah."

Abayah bin Rifa'ah r.a mengkhabarkan bahawa dia bertemu dengan Abu Abbas ketika dia pergi Jumaat. Abu ˜Abbas berkata kepadanya bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda:
"Siapa yang berdebu kedua kakinya kerana berjalan di jalan Allah nescaya diharamkan Allah baginya api neraka."


post signature

Wednesday, March 18, 2015

~Wanita~

~ AKU bukanlah Siti Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga dirinya.
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara.
TETAPI diriku hanya seorang wanita akhir zaman, yang bercita-cita menjadi wanita solehah.
Bimbinglah Aku, Ajarlah Aku
Fahamkan Aku Supaya Aku Tahu
Redhakanlah Hatimu Menerima Segala Kekuranganku
Kerana Aku Hanya Wanita Biasa~


Terima kasih Tuhanku ya ALLAH atas perasaan cinta yang Kau anugrahkan.
Mempertemukan perbedaan dalam suatu kisah perjalanan.

Menyatukan serakan puing2 hati dalam satu kepastian.

Menghapus kehampaan saat hati dalam kesendirian.

Menguatkan langkah ketika tak ada lagi tujuan.

Semakin memberi makna rangkaian kisah kehidupan.





 
post signature

Berkurun lama..^_^


Assalamualaikum...



Oh My Gucci...hahaha..lamanye xbukak blog..berkurun lama ku tinggalkan..fefeeling gitu..
Ape jadi pon xtau kan..nak kene update sokmo gitu..
nak kene rajin2 la pasni.. So, azam tahun ni nak buat pembaharuan..klu kuat azam tu la kan...hahaha
so, this is the 1st step..will continue to move on n going on..waaa berabukkss gitu..
So, tunggguuuu...hikss

post signature
 

:: emmjay_ma :: Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang