Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :
"Sebaik-baik hari jumaat yang terbit matahari ialah hari jumaat. Pada
hari inilah Nabi Adam AS dicipta dan pada hari ini juga ia dimasukkan
ke dalam syurga dan pada hari ini juga ia dikeluarkan daripada syurga."
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:
"Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi
yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling
dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada
kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah
akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan
kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita.
Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani."
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa
mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang
berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:
"Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan
perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati
mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?"
Nabi s.a w bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah menugaskan dua Malaikat untuk menulis
segala apa yang dilakukan atau dituturkan oleh seseorang hamba-Nya (satu
disebelah kanannya dan yang satu lagi disebelah kirinya); kemudian
apabila orang itu mati.maka Tuhan perintahkan kedua Malaikat itu dengan
firman-Nya: "Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hamba-Ku itu
serta hendaklah kamu mengucapkan tasbih, tahmid dan takbir hingga ke
hari qiamat dan hendaklah kamu menulis pahalanya untuk hamba-Ku itu." Dan pada satu Athar, ada disebutkan bahawa kedua Malaikat itu melaknat si mati hingga ke hari Kiamat - jika ia seoarang kafir.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - Malaikat
yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang
demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar,
Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya
serta mereka datang mendengar khutbah."
Abayah bin Rifa'ah r.a mengkhabarkan bahawa dia bertemu dengan Abu Abbas
ketika dia pergi Jumaat. Abu ˜Abbas berkata kepadanya bahawa dia
mendengar Nabi s.a.w bersabda:
"Siapa yang berdebu kedua kakinya kerana berjalan di jalan Allah nescaya diharamkan Allah baginya api neraka."
0 kaki merapu:
Post a Comment