Thursday, June 18, 2009

~Selamat Tinggal Kasih...~

"Selamat tinggal kasih, sampai kita jumpa lagi...."
Waduh2, sedih plak dengar lagi Ello yang bertajuk "Pergi Untuk Kembali". Yelah, next week adalah hari terakhir aku ditempat kerja. Pas ni aku akan memulakan kerja ditempat kerja baru plak. Aku pon tak tahu kat maner aku akan dihantar. Yelah, keje ngn goverment nie kene la bersedia ditempatkan dimana2 saja dalam malaysia.
Perasaan sedih tu makin membuak2 plak. Dah lama aku dibumi Johor, dah macam2 pengalaman yang aku kutip. Tapi paling sedih sebab nak tinggalkan kawan2 yang dah lama aku kenal ni. Dah macam adik beradik dah. Dah sayang giler ngn diorang nie. Walaupon kadang2 gaduh tapi biasalah tu, adatlah dalam berkawan. Susah sebenarnya nak cari kawan time sama2 suka & sama2 sedih ni. Eiii...sebak plak..hehehe..sob..sob..sob..
Tapi yang pasti aku pasti akan kembali ke bumi Johor, lawat kawan2 kesayangan aku ni..hehehe..Harap2 korang janganlah lupakan aku yang sorang nie. Kerana korang tetap dihati aku sampai bila2. Terima kasih atas segalanya KAWAN2!!
Lagu nie khas tuk korang sumer kawan2 aku yg tersayang..Tak kira dimana korang berada!!

Thursday, June 11, 2009

~Komik~

Orang kata membaca satu amalan yang sangat bagus..Betul betul betul. Tak kira apa jenis bacaan skali pon kan kan kan..hehehe..
Aku dah lama sebenarnya suka membaca,dulu aku suka baca novel. Minah jiwangla katakan,tapi aku takde la jiwang pon. Alah saper2 pon leh baca novel kan. Penulis novel yg aku paling suka ialah Norhayati Berahim. Aku suka novel2 beliau, tapi skang nie aku dah jarang baca novel..sebab, minat aku dah bertukar kepada membaca Komik..hehehe...macam maner ntah leh tukar. Apa yang pasti cerita2 komik ni memang menenangkan kepala otak aku ni yang sememangnya selalu tensen..hehehe..
Walaupon tajuk2 citer komik tu kelakar (ada yg diadaptasi dari negara lain), aku tetap enjoy..hehehe..Selalunya aku suka beli komik dari Gempak staz collection. Harga pon boleh tahan la..sebab aku still mampu beli..hehehe.. Kat bawah ni komik2 yang dah aku baca, so kalau korang minat baca komik, leh la cari kat kedai2 buku yg berdekatan.. Layannnnn....


komik2 ni aku dah baca..

komik ni paling aku suker..kelakar giler..hehehe

Aper2 pon banyak lagi komik yang ader di pasaran..so jangan luper beli yer..hehehe.. Zassss..

Thursday, June 4, 2009

Punca stadium runtuh kat Terengganu

"Setelah melakukan siasatn yg terperinci, akhirnya pihak berkuasa dapat mencari akan punca utama yang menyebabkan berlakunya runtuhan stadium di terengganu."










Hiihhihihi..siapa punya keje la yang rajin sgt meng"edit" gambar nie. Apa2 pon kita enjoy, ini sekadar gurauan semata-mata, tiada kaitan antara yang masih hidup @ pon yang telah mati. Sekian terima kasih..

Hari Ini Hari Khamis

Ermmm...apa nak tulis ye, dah lama tak menulis..betul2 bz la..hehehe..
Tapi hari ini, sebab kemalasan melanda & mengantuk tahap gaban..So,tangan ni rajin plak nk menaip, supaya hilang ngantuk nie ha.. Satu keje pon tak siap lagi ni. Tak boleh jadi ni, kene gak siapkan keje sebelum berhenti..hehehe..akhirnya aku dapat gak bekerja di sektor kerajaan, walaupon keje sebagai pembantu jer. Takpe la, at least org kata more secure kan kan kan..(^_^)
Ape2pon aku tak lah memilih keje sangat..yela skang ni bukannya senang nak dapat keje kan. Lagi2 plak nak compete dengan budak2 lepasan U. Haih, kalau ader rezki tak kemana kan..
Wuarghhh...dah berapa kali dah aku sangap nie..(eii tak senonoh tul pompuan menguap tak tutup mulut!!) Opppsss!!! hehehehe...Okla, baik aku sambung keje,kang tak siap plak keje aku..Tapi leh gak sambil2 tuk hilangkan ngantuk kan kan kan..hehehhe...

Saturday, May 2, 2009

Swine Flu @ Influenza A H1N1

Swine flu facts

Prevention: Wash your hands often, cover your nose and mouth when you cough or sneeze and avoid close contact with sick people.

Preparation: Stock up on N-95 face masks and gloves to wear if an outbreak occurs in your community. Also stock up on food and any critical medicine as transportation and delivery systems may be slowed or shut down if an outbreak occurs. “And stock up on hand sanitizer,’’ said Dr. Linda Van Etta, St. Luke’s infectious disease expert.

If you are sick: Stay home and limit contact with others. Call your doctor only if your condition gets worse than the usual cold or flu, and then make sure to wear or ask for a mask when you get to the doctor’s office or hospital.

Symptoms: Fever, cough and sore throat; some also have had vomiting and diarrhea. Symptoms can occur anytime from one to three days after exposure. “You will ache all over like a truck ran over you,’’ Van Etta said.

The virus: Considered a strain of swine flu but also combines genetic material from birds and humans never seen before.

Infections: Infected people are contagious for up to seven days from onset or longer if they continue to display symptoms. Young children might be contagious for longer periods.

How do you get it? The virus is believed to be transmitted through coughing or sneezing. You cannot get it from eating pork or pork products.

How do you get rid of it? Tamiflu and Relenza are recommended. The flu vaccine you may have had last fall for seasonal flu will not protect against swine flu.

For more information: Go to www.pandemicflu.gov.

Sources: Dr. Linda Van Etta; Minnesota Department of Health; Centers for Disease Control and Prevention


P/s: The flu is spreading very fast and many countries have already been affected. So friends, please take an extra precautions. This is no jokes.

Saturday, April 18, 2009

Aizat - Pergi

Lagu OST Talentime yang dinyanyikan oleh Aizat. Best lagi ni.. Layannnn...



P/s:Klik sini untuk download lagu

Tuesday, April 14, 2009

Siri Agak Seram

Salah seorang kawan aku telah mengesyorkan aku agar aku layan video clip di youtube dibawah tajuk Siri Agak Seram. Dia cakap video clip tu seram la jugak. Aku memang suka tengok cerita hantu walaupon hakikatnya aku ni seorang yang penakut. Hehehehe.. Ni lebih kurang macam cerita pendek laa..Ceritanya memang agak seram,tapi aku tak tau la napa aku gelak tengok video nie.. Apa kata korang layannn & nilai la sendiri.. Hehehehe..


Spirit of The Coin



Sudah ke Belum?



Overtime

Monday, April 13, 2009

SALAM ISNIN

Salam semua..Dah hari isnin balik, cepat betul masa berlalu. Tapi time2 camnilah paling malas nak buat keje kan..hehehehe..Yela, dah seronok bercuti hari sabtu & ahad. Mesti banyak aktiviti yg dah dibuat. Apa2 pon jgn malas bekerja ye & Selamat hari Isnin... Chayo..chayo..



Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya:

"Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan

bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan"

(Riwayat Bukhari)

Saturday, April 11, 2009

Putri Nurdini Nadhira



Putri NurDini Nadhira.. tula nama anak buah aku yg pertama.. Walaupon namanya agak panjang,tapi dah abang aku & isterinya yg letak..layankan aje la..hehehhe.. Lahir pada hari Rabu 8hb April 2009. Selamat datang dalam keluarga KAMI!! Luv u Putri....Muuaahh2..

Rahsia Jumaat

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat

Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.

 

:: emmjay_ma :: Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang